Beginnings

Sunday, 30 January 2011

AQIQAH

Tanda Mensyukuri Kurniaan Allah



Alhamdulillah...Syukur...Pada 29 Januari 2011, Sabtu: Kami telah menjalankan ibadat aqiqah sempena kelahiran Sofea, pada usianya menjangkau 5 bulan. Mengapa lewat? sebab Sofea keluar hospital pada usianya 59 hari, bila keadaannya stabil barulah kami dapat melakukan ibadah Aqiqah untuknya.Terdapat pelbagai hikmah Aqiqah di antaranya:

1. Sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat, walaupun Sofea tidak seperti anak normal yang lain kami akan tetap memberikan yang terbaik buat Sofea

2.Untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran/kurniaan Allah

3.Bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan

4.Mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat

5.Sebagai tanda menjalinkan kasih sayang ibu bapa dengan anak

6.Menggalakkan amalan bersedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata

7.Mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

Semoga Baby Sofea Akan Bertambah Sihat...Ameen...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...