Beginnings

Saturday, 4 February 2012

SUPPLEMENT FOR MY SWEETHEART

Hari ini mama akan berkongsi maklumat (Sharing is Caring) berkaitan dengan 'supplement' yang digunakan oleh Sofea untuk membantu kesihatan dan perkembangan Sofea.Dalam gambar di bawah terdapat 3 jenis 'supplement' yang Sofea akan mula ambil. mulai esok.

Dari kiri
(Stemtech:AFA Extract, NeuroGain for Kids & Seven Seas: Multivitamin)
Mengapa saya pilih produk-produk di atas?

a) Stemtech: AFA Extract http://www.stemtechbiz.com

Produk ini telah disarankan oleh seorang ahli farmasi; Pn.Noraini kenalan Tok Wan Sahabudin kepada Tok Wan Sahabudin. Pn.Noraini juga sedang menggunakan produk ini.Tok Wan Sahabudin telah menanyakan "produk ini sesuai untuk cucu saya, yang berumur setahun lebih, cerebral palsy disebabkan lemas sewaktu lahir?"Pn. Noraini berkata " Esok saya akan panggil Mr. Simon (Customer Relation Consultant).Setelah berjumpa Mr. Simon dan beliau telah menerangkan bahawa produk ini berfungsi untuk 'to enhance the production of stem cell in bone marrow'. 

Tok Wan Sahabudin yang baik hati telah 'sponsor' produk ini untuk Sofea. Walaupun, harganya agak mahal, tetapi tidak salah untuk mencuba.Janganlah kita harap setelah makan produk ini selama 2 minggu terus ada perubahan mendadak, kena istiqomah. InsyaAllah akan membawa perubahan positif untuk Sofea.

b) NeuroGain for Kids

Produk ini telah disarankan oleh doktor pakar kanak-kanak Dr.Khairul Bariah, produk ini digunakan untuk:-
1.Tumbesaran kanak-kanak
2.Kanak-kanak yang mengalami alergi pada ikan dan telur
3.Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti ADHD, Dyslexia, etc
4.Kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi

c)Seven Seas: Multivitamin Syrup

Produk ini bagus mengandungi vitamin A, untuk mata, jadi Mama fikir ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu masalah penglihatan Sofea (Cortical Blindness). Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu, pengambilan hendaklah di atas nasihat pakar.Untuk meklumat lanjut mengenai produk ini sila lawat laman web ini

"Ya Allah, permudahkanlah usaha kami dalam memulihkan anak kami Sofea Az-Zahra...Ameen..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...