Which BRAND Suitable for My Little Baby?
Bab pilih susu ini memang jenuh nak fikir.Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mama juga begitu.Jikalau boleh memang ingin beri Sofea susu ibu sehingga usia 2 tahun.Tetapi dengan keadaan Sofea yang ada masalah menghisap dan menelan, keinginan itu tinggal angan-angan.Kadangkala, terasa sedikit cemburu apabila mendengar cerita kawan-kawan lain yang dapat menyusui anak mereka. Tidak kurang juga ada bicara mengguris hati "HENDAK SERIBU DAYA TIDAK BERKEHENDAK SERIBU DALIH","MALAS?". Mama sudah lali dengan ayat atau perkataan sebegitu.Selagi kita tidak meletakkan diri kita ditempat orang itu kita tidak tahu masalah atau halangan yang dihadapinya.Cakap memang mudah "orang lain pun ada anak istimewa juga, tiada masalah pun". Jikalau setakat melihat dengan mata kasar, tidak mengalami sendiri tidak mungkin ada yang faham , cabaran,perasaan, keadaan dan masalah yang dihadapi oleh keluarga yang punya anak istimewa.Persoalannya:
-Apakah jenis 'keistimewaan' yang dihidapi oleh anak tersebut.Samakah dengan anak saya?
-Jikalau sama, adakah anak tersebut mengalami masalah menelan?bla...bla...bla
Jikalau ingin mengulas tentang kebaikan susu ibu pada mama;
1."SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK"(LENGKAP DENGAN SEMUA VITAMIN)
2.KURNIAAN DARIPADA ALLAH
2.JIMAT KOS etc...bla..bla..bla
Terima kasih daun keladi...sesungguhnya mama & papa sendiri semasa mengandung telah pun menghadiri:
-Kelas antenatal di HUKM dari jam 9am-6pm
(antara tajuk yang diperbincangkan adalah kebaikan susu ibu).
-Kelas Penyusuan yang dianjurkan oleh SUSU IBU.COM dari jam 9am-1pm
Ada yang lebih 'extreme' menggunakan ayat seperti dibawah:
"kalau minum susu ibu tu anak manusia, yang minum susu lembu tu anak lembu"
Berbalik mengenai masalah pemilihan susu Sofea, sangat merunsingkan ditambah pula dengan masalah berat badan Sofea yang jauh ketinggalan berbanding anak tipikal yang lain. Kadang-kadang kami agak hairan setiap kali sesi menimbang berat di hospital pasti akan dibandingkan dengan carta tumbesaran anak tipikal.Pada kami adalah sangat tidak relevan membandingkan berat badan anak istimewa dengan berat badan anak tipikal. Sehinggalah kami pergi ke sebuah klinik pakar kanak-kanak Poliklinik Ehsan di Ipoh, berjumpa dengan Dr.Khairul Bariah, dialah orang pertama yang berkata, " Okey lah berat badan ni sekurang-kurangnya ada pertambahan berat badan, jangan bandingkan berat badan Sofea dengan carta tumbesaran anak tipikal.
Kami telah mencuba pelbagai susu formula untuk Sofea.Di NICU, Sofea dibekalkan dengan Susu Enfalac A.R (Anti Reflux) A+.

(Jangan main serkap jarang sahaja dengan menganggap semua anak istimewa sama masalahnya)

Kami memang kurang berminat dengan 'cow milk' kerana apabila Sofea minum susu ini, dia mengalami sembelit. Faktor paling utama adalah kandungan 'Trans Fat' yang tidak bagus untuk perkembangan otak. Selain itu, kami juga pernah terbaca satu artikel yang menyatakan 'cow milk' akan merangsang lebih banyak 'secretion'.Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk bertukar kepada 'soy based milk' Enfalac Prosobee.
Tetapi apabila usia Sofea mencapai 1 tahun lebih susu ini tidak lagi sesuai kerana Enfalac Prosobee tidak menyediakan Langkah 2:untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Kami kemudian bertukar kepada Isomil Plus (1-10 tahun). Alhamdulillah Sofea sesuai dengan susu Isomil Plus dan berat badannya pun bertambah.
No comments:
Post a Comment