Beginnings

Thursday, 26 January 2012

CUT & TRIM

Cut & Trim @ Mama Mazni's Salon 

Setiap kali ke mana-mana ramai jugak orang tegur pasal rambut Sofea, "banyaknya rambut atau lebatnya rambut, rambut dari lahirkah?""Ya! Sejak lahir lagi rambutnya macam ini, masa Aqiqah pun tak cukur sampai botak.Rambut Sofea memang cepat panjang walaupun baru potong, dlm masa beberapa minggu panjang balik, ramai yang menegur, "rambut sampai masuk mata"" kesian, panas dia". Kami bukan apa, ramai orang ingat Sofea Baby Boy, tu yang biar rambut panjang sikit, supaya nampak 'gegirl' sikit.Walhal, mama pun dah siap beli sepit, getah ramput bagai...tahanlah 3 minit lepas tu entah hilang ke mana.

Akhirnya, petang tadi Sofea punya rambut jadi 'korban', mama potong juga rambut Sofea semasa papa di pejabat,konon nak jadi heroin tidak perlukan pembantu, hambek ko.. susah bukan main lagi nak gunting rambut Sofea ini sekejap toleh kanan, sekejap toleh kiri, memang dah tak ber'style' dah rambut Sofea, nasiblah...jom layan gambar rambut Sofea.



Sofea sebelum potong rambut

Sofea setelah potong rambut
Jikalau tengok secara 'real' memang nampak ke'tobek'kan sana-sini


Hasil guntingan dapat banyak ini rambut Sofea,
nanti nak tanam rambut ni

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...