Beginnings

Saturday, 28 January 2012

SUGGESTIONS FOR SOFEA FURTHER IMPROVEMENT

Hand Function, Visual, Movement & Motion
Hari ini seperti biasa rutin latihan fisioterapi di Sham Therapy Centre. Komen Dr.Sham pada kali ini ialah  terdapat banyak perubahan positif pada diri Sofea. Sofea sudah mula berminat untuk bermain dan lebih respon.Jari-jemarinya lebih mudah dibuka dan ibu jarinya lebih mudah untuk diletakkan diluar berbanding dahulu.

Hand Function

Dr.Sham mencadangkan 'exercise' yang perlu dijalani oleh Sofea di rumah untuk memastikan keadaan jari-jemarinya semakin bagus adalah:

1.Lakukan aktiviti 'ice' di bahagian tapak tangan dan rendam tangan Sofea dalam ais
2.aktiviti 'stretching' ibu jari, perlu dilakukan setiap hari dan sekerap mungkin.Perlu pegang bahagian 'base' ibu jari tangan dan seterusnya lakukan 'stretching'
3. Perbanyakkan aktiviti 'sensory' ini akan menggalakkan jari-jemari lebih peka.

***Kenapa perlu buka jari-jemari? Ini akan memudahkan Sofea melakukan aktiviti 'creeping' seterusnya 'crawling' dan 'put weight bearing on hand to learn 'balancing'.***

Visual Stimulation

Selain itu, Dr. Sham bertanyakan hal stimulasi mata Sofea. Kami memberitahu bahawa Sofea mula respon pada cahaya tetapi hanya untuk mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri amat kurang respon terhadap cahaya. Dr. Mencadangkan supaya kami menggunakan lampu yang lebih 'kuat' seperti spot light. Selain itu, Dr.Sham juga mencadangkan agar membuat meja kaca yang berlampu dan baringkan muka Sofea di atas meja kaca berlampu tersebut.Buat aktiviti ON/OFF LIGHT selama 1 minit sebanyak 10x.

Mengenai Spot Light mungkin tiada masalah, kerana spot light mudah didapati tetapi untuk meja kaca yang berlampu, kami belum ada idea bagaimana ingin membuatnya. Mama hanya terbayang meja berlampu seperti gambar di bawah:


Pictures took from:


Tetapi harganya memang mahal.Setelah berbincang dengan Super Dad, kami  tidak perlukan meja/panel seperti gambar di atas. Mungkin kami akan buat menggunakan cara lain.

Movement & Motion
'Homework' terbaru yang ditugaskan kepada kami oleh Dr.Sham adalah untuk membeli 'skateboard' untuk Sofea. Korang jangan ingat Sofea boleh main 'skateboard' pula.Ini untuk menggalakkan Sofea untuk menggunakan tangan seperti gambar di bawah:



Kalau ikut Dr.Sham jangan membazir cuma perlu beli 'skateboard' biasa. Tetapi pada pendapat mama, Sofea mungkin perlu yang jenis ada 'padded' kesian Sofea dah lah kurus, nanti sakit pulak dada budak comel ni.Setelah meng'google' jumpa padded scooter board seperti gambar di bawah:

Dengan menggunakan 'scooter board' ini Sofea akan belajar cara untuk menggerak diri dengan menggunakan tangan.Selain itu, kami berdua akan mengikat dengan menggunakan bandage ataupun velcro Sofea dalam posisi meniarap dan menolak dari satu 'point' ke 'point' yang lain. Jadi Sofea akan dapat merasai apa itu pergerakan.

***AMARAN/PERINGATAN:Apa jua aktiviti atau peralatan yang dinyatakan di atas hendaklah digunakan dengan nasihat pakar terapi.Jangan sekali-kali melakukannya tanpa nasihat daripada pakar terapi kerana ini akan mengundang mudarat kepada anak istimewa. Ini adalah kerana, setiap kanak-kanak istimewa punya masalah yang berlainan.***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...