Problem!Problem!Problem :-C
Seperti yang dijanjikan oleh pihak Ikea, stock 'SAGOSTEN' boleh didapati selepas Tahun Baru Cina.Setelah hasil terjah 2 minggu lepas ke IKEA 'incomplete mission' sebab sarung LADYBIRD ada Mr. 'SAGOSTEN' pula yang tiada stock.Hasil ke IKEA adalah positif kerana Mr. SAGOSTEN berada didalam kotak di raknya...kussss... semangat tinggal 5 kotak je...tetapi sarung LADYBIRD dah habis...nasib baik kami berjaya beli 2 minggu lepas.Balik si papa terus buka kotak, tengok-tengok kena pakai pam besar.Adoi! di rumah kami ni setakat pam bola je yang ado.
Si papa punya berusaha sampai tiup pakai mulut. Biar benar, mau semput nak memenuhkan udara dalam Mr.SAGOSTEN yang 'gemuks' itu.Mama apa lagi, ketawa sampai nak pengsan tengok aksi papa.Akhirnya papa merajuk "Sayang, je lah yang tiup".Dalam hati memang mama nak meniup Mr.SAGOSTEN tu sampai penuh angin memang tiada kemampuan.Akhirnya, "Abang, cuba tanya Syed kalau dia ada vacum, boleh pam petang ini?"kata mama."Yelah, Syed ada vacum nanti boleh pinjam".Balas papa lega.
Petang dalam jam 6:00 papa bertolaklah ke rumah Syed, rakan sepejabat papa.Dlam jam 7:15 petang mama menelefon papa,"Abang, macam mana? Syed ada tak vacum? Boleh vacum tak?."Okey, dah isi dah angin Mr.SAGOSTEN, tetapi ada masalah sedikit. Nantilah, tengok di rumah". Jawab papa ringkas.
Apabila papa pulang, mama pun tengoklah apa masalah LADYBIRD + Mr.SAGOSTEN yang papa maksudkan dalam telefon Taaaaaaaa Daaaaaa....
Apabila papa pulang, mama pun tengoklah apa masalah LADYBIRD + Mr.SAGOSTEN yang papa maksudkan dalam telefon Taaaaaaaa Daaaaaa....
FRONT VIEW: CUTE!CUTE!CUTE
REAR VIEW:WAAAAAAAAAA ZIP ROSAK...FRUST :-c
Sedih 1000x mama dengan papa.Dah tunggu 2 minggu ini hasilnya.Macam mana nak betulkan zip?Korang ada idea tak?Bukan nak sesaja komen, tapi zip tu memang pelik sikit tiada penariknya...design yang canggih sangat pun mendatangkan masalah jugak untuk orang macam kami yang tak berapa nak canggih ni.
No comments:
Post a Comment