Seperti minggu-minggu yang lalu setiap hari Sabtu, kami akan menghadiri sesi fisioterapi Sofea di Sham Therapy Centre.Pada jam 9 pagi kami sudah tiba di sana walhal sesi temujanji akan bermula pada jam 9:30 pagi.Keadaan lalu lintas agak lengang berbanding minggu-mingu yang lepas, mungkin ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menghabiskan cuti bersama keluarga sempena Tahun baru Cina.Setelah bersarapan di kedai di tingkat bawah, kami terus ke tingkat atas, sesi bermula tepat jam 9:30 pagi, jikalau lambat waktu terapi akan dikurangkan, jadi amat rugi rasanya jikalau tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Hanya kami sahaja yang ada di sana, tidak seperti biasa agak ramai jadi kami menjalankan sesi terapi di ruang luar tidak seperti selalu di dalam bilik.Seperti biasa Dr Sham, akan menyambut kami dengan ramahnya, setelah di 'kiss'-'kiss' si manja Sofea, baru mula sesi terapi yang penuh drama, walau bagaimanapun Sofea telah menunjukkan kebolehannya menongkat tangannya semasa duduk. Dr Sham begitu teruja sekali sibuk suruh ambil gambar & video..."awang kenit ni suka show off" "kecil-kecil cili api", Dr.Sham mengomel dengan Sofea.
Menurut Dr.Sham ini menunjukkan otak Sofea telah berkembang dan sel-sel yang masih tinggal telah mula mengambil alih fungsi sel otak yang telah rosak.Bukan mudah kanak-kanak seperti Sofea yang keempat-empat 'limbs' nya (Spastic Quadriplegia) telah terjejas akibat kecederaan otak yang diakibatkan oleh kekurangan oksigen semasa proses kelahiran.Tualng belakang sofea juga semakin kuat dan Sofea sudah mula mampu untuk menahan berat badannya sendiri.
Alhamdulillah, walaupun pada ibu bapa lain perkembangan sekecil itu pun perlu dikhabarkankah?Sesungguhnya, biarpun sekecil mana perubahannya kami amat bersyukur kerana bukan mudah untuk mencapainya.
Sharing Information

Quoted from:http://www.cerebralpalsysource.com/Types_of_CP/quadriplegia_cp/index.html
Quadriplegia is a form of cerebral palsy that is characterized by the lack of ability to move or feel both arms, both legs; and other parts of the body affected.Quadriplegia in cerebral palsy is caused by an injury to the spinal cord, which sends messages to body parts important for movement and sensation.Spastic quadriplegia is the most severe from of cerebral palsy in which all four limbs and the trunk are affected.

No comments:
Post a Comment