Setelah umur Sofea 1 tahun 3 bulan, baru kami tahu pasal teknik ini, kami bersyukur sangat diperkenalkan dengan Dr.Sham, seorang pakar fisioterapi yang mengajar kami tentang teknik ini.Masih belum terlambat untuk kami mencubanya :-)
Kami diberitahu oleh Dr.Sham, kebiasaannya kanak-kanak cerebral palsy yang mempunyai masalah 'spastic muscle', akan diberi suntikan botox untuk mengurangkan spastik bagi memudahkan aktiviti 'streching'.keberkesanan suntikan botox hanya bertahan untuk beberapa bulan, dan masalah spastik di otot-otot yang terlibat akan terjadi semula.
Terapi ais untuk merehatkan otot spastik adalah cara yang lebih alami, walaupun memakan masa, tetapi cara ini terbukti berkesan, kerana salah seorang pesakit Dr.Sham yang sepatutnya disuntik dgn botox oleh pihak hospital, telah membatalkan untuk melakukannya kerana pesakit tersebut tidak memerlukan suntikan botox lagi.Ada seorang pesakit pula setelah hampir setahun melakukan terapi ais ini keadaan spastiknya semakin ketara berkurangan.
Kami berpendapat cara ini amat mudah dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.Alatan yang diperlukan hanyalah 'ice', kami menggunakan 'ice pack' kami akan lakukannya 3 atau 4 kali setiap hari di bahagian otot yang spastik, untuk sofea yang mengalami spastic quadriplegia iaitu keempat-empat limb terlibat iaitu kedua-dua belah tangan dan kaki. Alhamdulillah, selepas melakukan 'ice therapy' aktiviti 'streching' tidak lagi penuh dgn drama tangisan kerana muscle telah rehat.
Doakan Kami Supaya Sentiasa Istiqomah Dengan Usaha Kami Untuk Memulihkan Si Cantik Pandai;
Sofea Az-Zahra...Ameen
No comments:
Post a Comment