Beginnings

Thursday, 12 January 2012

HAND FUNCTION

Thumb Nail

Tengok! Jari-jemari Sofea dah boleh buka.

Walaupun menggenggam, tetapi ibu jarinya masih boleh diletakkan di luar
Dari sejak lahir Sofea selalu menggenggam tangan, genggamannya sangat erat bagaikan tidak akan dibuka untuk selama-lamanya, ku pun tak tahu apa yang disimpan dalam tangan comel itu.Waktu Sofea tidur baru Mama & Papa berpeluang cuci tangan 'masam' Sofea. Sebab apa 'masam' sebab tiada 'pengudaraan'. Kadang-kadang waktu sesi terapi sama ada fisioterapi atau terapi cara kerja, bila sampai part stretching tangan, fisioterapi akan cuba 'paksa rela' buka jari Sofea, mesti Papa akan bagi 'warning' "tangan dia bau masam".

Alhamdulillah sejak ke Sham Therapy Centre, dengan menggunakan teknik 'cold therapy' & 'play therapy menggunakan ais, telah membuahkan hasil, jari-jemari Sofea genggamannya tidak seerat dahulu.Walaubagaimanapun, jari-jemari di tangan sebelah kiri masih perlukan penumpuan kerana sebelah kiri agak 'stiff'.Dalam 44 hari ini Mama akan tumpukan 'cold therapy' dengan menggunakan ais, apabila jari-jemari Sofea dah terbuka especially yang 'ibu jari', legalah sikit hati ini, ada improvement in terms of fine motor skills.

Doakan Usaha Kami Membuahkan Hasil

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...