Beginnings

Friday, 17 February 2012

IMPROVEMENT & EXPERT ADVICE

Setelah hampir 2 minggu Sofea tidak menjalani sesi fisioterapi di Sham Therapy Centre, kami ke sana hari ini. Hati amat berbunga apabila Dr.Sham, memberi komen yang positif mengenai Sofea di mana, masalah 'hypertonic' Sofea semakin berkurangan. Kami perlu menambah kekerapan aktiviti 'stretching', 'sensory' & 'ice therapy (hand & leg)'.


Sebelum pulang, mama terdetik hati ingin bertanyakan perihal 'ice therapy' di bahagian belakang tubuh Sofea, adakah kaedah tersebut sesuai untuk Sofea? Dr.Sham memberitahu 'ice' boleh bertindak sebagai suatu medium 'to relax the spastic muscle' atau 'to stimulate the spastic muscle' sekiranya tidak betul cara dan tempatnya.Meletakkan ais di bahagian belakang (spinal cord) akan merangsang 'the spinal extensor muscle' yang akan menyebabkan Sofea 'mengeraskan' dan 'mengejangkan' tubuh ke belakang semula.


Oleh itu, adalah lebih baik kita bertanya kepada yang pakar sebelum melakukan sesuatu aktiviti setelah membaca samada internet atau melalui kawan.Ini adalah kerana setiap kanak-kanak mempunyai masalah yang berbeza-beza.Wallahualam...

Perkara yang perlu mama dan papa tekankan buat masa sekarang untuk Sofea adalah melakukan 'thumb stretching' kerana tendonnya pendek.'Thumb' (ibu jari) adalah sangat penting untuk 'handwriting' (waaa..berangan sekejap, kalau Sofea boleh pegang pencil...jauh lagi perjalanan tu...Yakinkan diri Allah sentiasa bersama dengan kita...yang penting usaha, doa dan tawakkal...ameen)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...