Beginnings

Thursday, 26 April 2012

DRAMA MINGGU INI


Hish ! dah beberapa hari mama Sofea a.k.a Cik Mazni hibernate..."rindu...ahh..ahh..ahh" pun datang nak menceceh kat sini.Oklah Cik Mazni nak stori-mori al-kisah the morning glory (pagi tadi) journey to Bangunan Yayasan Selangor with Sis. Azlina. 

Malam semalam (actually 3:50am, consider as malamkah?ADOIai), tuan puteri Sofea Az-Zahra telah membangunkan diri, akibat daripada kejadian "POO POO" jam 2:15am, lepas tukar pampers tuan puteri segar bugar macam baru lepas mandi Cik Mazni dah tak dpt menahan diri, End up padam semua lampu, Cik Ijam yang jaga.Cik Mazni pi hibernate recharge energy for tomorrow nak pi "Expedisi ke BYS (Bangunan Yayasan Selangor).

Saya tak mau tido tak sabar dah
 nak pi jumpa para terapist sekalian di BYS


Sofea baby "SEXY"

Rentetan tidur lambat, biasalah "pepagi dinasour" baru bangun, yang Cik Ijam bekejar nak pi meeting di Bangi.Cik Mazni terus serbu dapur masak air tuan puteri Sofea nak mandi. Amboi! tuan puteri dok lena lagi, memang tak aci betul. Jom bangun! nak minum susu +mandi + bersiap etc.Berleter macam sofea paham.NO respon :C. Cik Mazni pun sumbat lah bebarang Sofea dalam bag "GUCCI" Sofea a.k.a beg susu ok.Lampin mesti mau bawak banyak al-maklumlah cecair tekak Sofea ni terlebih ektip, pampers, wet tissue, baju 2 pasang ye (kecemasan untuk muntah, basah, tiris dll), baju spare Cik Mazni takut kalau kalau2 Sofea terhambur isi perut (terlebih susu/ perutnya tertekan dek seluar).Mak ai, jam 8:30am baru terhegeh-hegeh nak bagi susu bagai. Sis. Nina yang baik hati nak datang jam 9a.m.Tengah bagi susu dengar bunyi telefon, dah agak either Sis. Nina or Cik Ijam yang telefon ni. Sah! Sis Nina call, ingatkan dah sampai, Sis. Nina kata sampai lambat sebab MRR2 jalan sibuk. Yelah pepagi waktu nak pi ofis memang wajib lah sibukkan.

Babak 1: "Conversation dengan Hati"
Lokasi: Tepi telefon rumah, Bandar Tasik Selatan
Lagu Latar: Wanita-Siti Nurhaliza 

***apa kaitan lagu ni dengan cerita ni? memang langsung tiada kaitan aggagaaaa***

Cik Mazni: Kesian Sis. Azlina kena mengadap "traffic jam", sebab nak ambil Sofea bawa pi BYS

Hati: Tulah...tak patut betul...ntah apa-apa

Cik Mazni: Dari dulu nak pi BYS ni tapi tulah Cik Ijam sibuk memanjang, tahun lepas "oversea" memanjang. Tahun ni pulak penuh dengan meeting pagi petang siang malam tak kira waktu, meeting tergempar bagai. Pulak tu hari Selasa & Khamis memang ada meeting Jabatan dan anak syarikat.

Hati:Nak buat macam mana, yang kerja pun Cik Ijam sorang je, kena lah ikut arus "pejabat"

Cik Mazni: Tulah, temujanji OT di BYS pun jatuh hari Selasa atau Rabu.

Hati: Sis. Azlina sudi nak ambil Sofea bawa pi BYS untuk sesi OT

Cik Mazni: Bagus juga dapat tengok tempat, nanti ada rezeki boleh pi sendiri

Hati: Alah!konon sangatlah engkau boleh bawa kereta berdua dengan Sofea
.
Cik Mazni: Huhuhu, memang tak berani sebenarnya, dengar batuk dia pun ku dah gelabah "monyet"

Hati: Tulah, macam manalah cara nak berterima kasih tidak terhingga ye?

Cik Mazni: Ok Lah hati lain kali kita sambung lagi, nak bagi mandi Sofea. Pasal isu berterima kasih tu nanti kita cari idea sama-sama ye. Kita kan sehati sejiwa :d

Ikuti cerita selanjutnya pada entry akan datang :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...