Beginnings

Sunday 8 April 2012

DRAMA SEBABAK: SATU PETANG KE HUKM


Drama ini dibintangi oleh :Mama dan Pakcik Teksi
Lokasi: Di dalam teksi semasa dalam perjalanan ke HUKM

Suatu malam selepas mengajar tuisyen pada jam 10:45pm, mama bergegas mencari teksi untuk pergi ke HUKM. Tak tahulah kenapa malam ni susah sangat nak dapat teksi. Dalam hati kalau dah pukul 11pm masih tiada teksi, terpaksalah papa yang sedang menidurkan Sofea di hospital ambil mama untuk ke hospital. Memang rezeki tiba-tiba ada penumpang yang turun depan pagar kediaman kami. Terkocoh-kocoh mama mendapatkan teksi. Nasib baik pak cik teksi itu tidak menolak untuk menghantar mama ke HUKM.Berikut adalah perbualan kami:

Pak Cik Teksi: Nak ke hospital tengok siapa?
Mama: Anak
Pak Cik Teksi:Sakit apa?
Mama: Anak saya kena sawan, tetapi bukan kerana demam panas, memang semula jadi. Lagipun anak saya tu OKU

(walaupun mama sebenarnya tak suka guna perkataan tersebut. Tapi disebabkan orang sering berkata oooooooo..cacat lah bla...bla..bla..terpaksa lah mama guna juga. Memang dah jadi budaya masyarakat kita suka menggunakan perkatan seperti

1. Orang Kurang Upaya
-Pada mama adalah lebih enak untuk didengar sekiranya digunakan perkataan seperti
(Orang Kelainan Upaya, Orang Berkeperluan Khas dll, yang lebih positif)

2. Anak Cacat

3. Terencat Akal

4. Tiga Suku

5. Spastik
(Mama rasa perkataan ini juga tidak positif dan sering disalahgunakan oleh kanak-kanak tipikal sebagai bahan ejekan/gurauan)


*** berbalik kepada perbualan kami tadi***

Pak Cik Teksi: OOOOoooo (panjang ooonya), macam mana boleh jadi macam tu, genetik kah?
Mama: Lahir lemas, kena jangkitan kuman ....
Pak Cik Teksi: Di hospital mana?
Mama: Hospital xxxxxxx
Pak Cik Teksi: Hospital tu baru lagi.HUKM ni semua jenis pakar ada.Dengan doktor mana?bla...anak saya dgn Prof. xxx.
Mama: Anak pak cik sakit apa?
Pak Cik Teksi: Spina bifina. Saya ada tiga (3) orang anak istimewa sampai sekarang mereka terlantar lagi. 

Mama:Dalam hati berbisik (Ya, Allah! pak cik ini ada tiga (3) orang anak istimewa. Aku yang Sofea seorang ini pun dah rasa macam kepala dah kena hempap dengan gunung).
Pak Cik Teksi: Ada berapa orang anak?
Mama: Anak saya seorang tu je perempuan umur 1 tahun 6 bulan. Anak pak cik tiga orang semua istimewa ye?

Pak Cik Teksi: Taklah anak saya ada 6 orang.
Mama:oooooo (dalam hati, ku yang seorang ni pun dah jadi "hire wire". Kalau macam pak cik ni keadaannya harus ku masuk Tanjung Rambutan).
Pak Cik Teksi: ***Seakan boleh membaca isi hatiku***seraya berkata," kita dapat anak istimewa ini semua ujian daripada Allah. Kita kena kembali kepada Agama, supaya kita redha.Apa yang paling adik bimbangkan apabila ada anak istimewa? Tanya pak cik teksi kepada mama.

Mama: Sungguh tak mama sangka soalan itu yang terpacul daripada mulut pak cik teksi itu.
Pak Cik Teksi: Saya rasa kehidupan adik jauh lebih baik daripada saya. Saya tinggal di flat, kerja saya membawa teksi manakala isteri saya surirumah, kerana perlu menjaga tiga (3) orang anak istimewa.Tetapi saya yakin anak-anak istimewa inilah yang akan membantu saya kelak.

Mama: Mama membalas seraya berkata;
Entahlah! Mungkin sebab saya belajar tinggi saya rasa saya patut bekerja bukan menjadi surirumah. Saya ada cita-cita yang sangat tinggi.Itulah, sebelum kahwin saya tak fikir saya akan menghadapi saat seperti ini.Saya ada juga terlintas perasaan cemburu melihat anak orang lain normal.Boleh bekerja dan sebagainya.Entahlah ...pak cik...macam-macam benda yang bermain dalam kepala ni.Nasi sudah jadi bubur.Mahu tidak mahu hidup mesti diteruskan.

Pak Cik Teksi:Usahlah adik bersusah hati punya anak istimewa. Setiap orang lain ujiannya. Hari ini hari kita, hari esok kita tidak tahu rencanaNya.

Itulah perbualan kami.

Mungkin mama patut bersyukur, kerana sekiranya kita fikir kita susah, ada lagi insan lain yang Allah duga dengan ujian yang lebih hebat daripada ujian yang kita terima.Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...