Beginnings

Thursday, 3 May 2012

MERISIK KHABAR...

Cerita Mazni

Imbas kembali...

24 September 2010, Jumaat
Lokasi: Hospital XXXXXXX
Lagu Latar: Andai Ku Tahu...

Hari ini buat pertama kalinya selepas kelahiran permata hati kami, Sofea Az-Zahra kami akan bertemu dengan doktor pakar (Dr.Zurina) pada jam 3:00 ptg untuk menjelaskan keadaan Sofea pada kami. Kami bertolak dari Bagan Lalang, Sepang jam 2:00 ptg selepas Cik Ijam Solat Jumaat. Kami tiba agak lewat, iaitu jam 3:00 ptg, sesungguhnya keadaan trafik dengan jalan satu lorong memang sukar dijangka.Disebabkan oleh kelewatan tersebut, Dr. Zurina menangguhkan temujanji kami ke pukul 5:00 ptg.

Masa yang terluang Cik Ijam membaca Yassin di telinga Sofea. Sofea masih tiada tindak balas, kaku dengan mata yang masih tertutup rapat, yang kedengaran hanyalah bunyi mesin.Cik Mazni yang masih berhadas menunggu di luar bilik (tidak mahu mengganggu kekusyukan Cik Ijam yang tenggelam dalam emosinya). Cik Mazni mencapai majalah mingguan Wanita. Ruangan "Permata Hati" menarik perhatian Cik Mazni "Anak Veras". 

Tiba-tiba bekalan elektrik terputus, keadaan agak kelam-kabut, pembantu perubatan datang membawa "extension wire". Cik Ijam datang ke arah Cik Mazni " Yang, elektrik tiada, Sofea punya mesin pernafasan sudah tidak berfungsi, kena pakai yang manual". Wah! Apakah di hospital ini tiada "emergency support system"?. Detik hati Cik Mazni. Dalam keadaan kelam-kabut, datang seorang wanita tinggi lampai, bertubuh sederhana dan berkulit cerah menyapa,

Dr. Zurina:Hai! Saya Dr.Zurina." "Ini mak & ayah Sofea ke?". Pertanyaan hanya dibalas dengan anggukan. Sekarang ini saya nak jelaskan keadaan Sofea. Setakat ini Sofea memang tiada tindak balas, keadaannya memang sangat teruk.

Cik Ijam: Bila Sofea boleh sedar?

Dr. Zurina: Setakat ini saya tak boleh nak agak, kerana kuman itu masih berada dalam badan Sofea, dan kita tidak tahu kuman itu berada di mana?

Cik Mazni: Macam mana Sofea boleh kena kuman tu?

Dr. Zurina:Memang 2/3 daripada perempuan ada kuman tu. Setiap 1 daripada 50 kelahiran berisiko kena kuman ini.

Cik Mazni: 1 daripada 50 kelahiran berisiko kena kuman ini?(dalam hati itu jumlah yang sangat berisiko) Tiada sebarang ujiankah boleh dilakukan untuk mengesan di peringkat awal?

Dr. Zurina: Memang tak buat ujian itu? Sebab MAHAL.

Cik Mazni: Berapa yang mahal sangat tu?

Cik Ijam: Ada kemungkinan tak sebab air ketuban dah lama pecah tapi tak melahirkan jugak boleh kena kuman tu.

Dr. Zurina: Tak semestinya.Dengan kecederaan yang dialami oleh Sofea, kerosakan otaknya memang agak teruk, dimana mungkin badannya LEMAH.

Cik Mazni: Sofea jadi Cerebral Palsy kah?

Dr. Zurina: Kemungkinan Besar.

Cik Ijam: Sofea boleh berjalan tak?

Dr. Zurina: Itu bergantung kepada kekuatan ototnya.

Cik Mazni: Terdiam
(Dalam hati memang apa yang kufikirkan iaitu Sofea akan jadi anak Cerebral Palsy memang benar-benar terjadi. Dalam hati dan fikiran  ada perasan SEDIH + MARAH. Kenapa MARAH? kerana Sofea keadaan Sofea tidak akan begini jikalau, langkah-langkah yang sepatutnya diambil).

Dr. Zurina: Ada apa-apa soalan? Mak & Ayah bolehlah stimulasi Sofea dengan barangan permainan. Kalau boleh saya nak Sofea keluar tanpa TIUB. Bersabarlah banyak-banyak.

Cik Ijam: Terima kasih doktor

Jam pun dah menunjukkan jam 6:15ptg. Dalam fikiran hanya fikir nak balik rumah. Cik Ijam yang seakan faham terus mengajak pulang.Sebaik sahaja duduk dalam kereta air mata yang sedari tadi Cik Mazni tahan mengalir tak berhenti, rasa dunia begitu sempit, sehingga menyebabkan dada rasa terhimpit. Sepanjang jalan, Cik Ijam memandu sebelah tangan, kerana sebelah lagi memeluk Cik Mazni yang kesedihan.

Sampai dirumah Cik Mazni masih tak berhenti menangis. Cik Mazni pun tak faham kenapa sebab Cik Mazni pun dah agak Sofea akan jadi anak Cerebral Palsy, sepatutnya tiada kejutan lagi. Tapi sesungguhnya, Cik mazni menangis kerana terlalu marah apabila terkenang keadaan di hospital dari tarikh 4 September 2010 sehingga 8 September 2010. Mengenangkan "muka-muka" tersebut memang sangat menyesakkan nafas. Menangis sehingga tertidur, dan keesokkan harinya apabila terjaga, Cik Mazni menangis semula. Kenapa? Kerana asyik terbayang " muka-muka tersebut. Kalau ada punat "DELETE", harus Cik Mazni tekan punat " DELETE" tu. Akhirnya...Cik Ijam marah sebab menangis lama sangat, dia kata nanti MEROYAN, kalau menangis lama-lama...

bersambung... 

1 comment:

  1. ku pun pernah merasai perasaan itu dulu...sedih, pedih, terhiris...semua ibu inginkan yg terbaik buat anaknya kan mazni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...