Alhamdulillah, sejak hari Isnin yang lepas, Sofea telah menjalani rawatan akupuntur buat pertama kalinya. Cik Mazni dan Cik Ijam berasa amat bertuah kerana dapat menemui Taifu Woo Young yang sebelum ini bekerja di Hospital Erkang. Taifu adalah panggilan bagi seorang doktor di Beijing.Memang murah rezeki Sofea, kerana kami dipertemukan dengan Taifu oleh Sis. Syam dan suaminya Bro. Affendi. Kami berasa sangat beruntung kerana sebelum ini pun kami memang berniat untuk ke Hospital Erkang, Beijing. Tetapi dek beberapa kekangan seperti masalah komitmen untuk tinggal di sana. Cik Ijam perlu bekerja, manakala Cik mazni pula sememangnya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk tinggal di Beijing berdua dengan Sofea. Setelah berbual dengan Sis Syam mengenai pengalaman mereka di sana. Sis Syam memberikan pandangan bahawa kanak-kanak yang mepunyai masalah peparu atau lemah peparu sememangnya tidak sesuai tinggal di sana (negara 4 musim, terdapat sejenis debunga yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dan peparu).
Alhamdulillah sekali lagi, kerana Allah memudahkan rawatan Sofea kerana kami berpeluang menjalani rawatan akupuntur seperti di Hospital Erkang, Beijing di Malaysia. Setakat ini Cik mazni dan Cik Ijam ingin mengikuti rawatan akupuntur tersebut secara intensif kerana kami ingin memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Taifu Woo Young. Taifu Woo Young adalah warganegara Korea. Graduan lulusan Beijing University of Chinese Medicine International School ini telah bekerja di Hospital Erkang, Beijing dan juga mempraktis akupuntur di Korea. Beliau adalah generasi ke-3 dalam keluarganya yang mempraktis akupuntur. Ini adalah faktor Cik mazni dan Cik Ijam berminat dengan pengalaman dan kepakaran beliau.
Hari Pertama
Pada hari pertama Sofea menerima rawatan akupuntur,
1. teknik "keluarkan darah" pada 10 jari tangan dan 10 jari kaki untuk
(a) mengetahui kelancaran peredaran darah
(b) membuang darah kotor/bertoksin
(c) menstabilkan suhu badan
2. 18 jarum akupuntur digunakan di bahagian kepala, kami perlu menunggu selama 1 jam;manakala pada bahagian badan, taifu hanya merangsang 'point' dengan menggunakan teknik "in / out".
Hari Kedua
Pada hari kedua Sofea menerima rawatan akupuntur, sebanyak 20 jarum akupuntur digunakan di bahagian kepala, kami perlu menunggu selama 1 jam sebelum dicabut.
Manakala, untuk bahagian badan taifu menumpukan pada bahagian belakang tubuh terutamanya tulang belakang. Jumlah jarum yang digunakan pada seluruh belakang tubuh adalah sebanyak 60 jarum akupuntur.

Hari Ketiga
Pada hari ketiga Pada hari kedua Sofea menerima rawatan akupuntur, teknik yang digunakan adalah sama seperti pada hari kedua cuma, kali ini untuk bahagian tubuh taifu menumpukan bahagian hadapan tubuh termasuk wajah hingga ke kaki. 1 jam untuk bahagian kepala dan 30 minit untuk bahagian tubuh.

Kali ini Cik Mazni tidak mengira bilangan jarum yang digunakan kerana Cik Mazni sendiri tidak sampai hati melihat Sofea menagis semahu-mahunya. Kali ini lebih kuat dari hari2 sebelumnya. Cik Mazni paling bimbang sekiranya Mr. S**** datang melawat. Cik Mazni akhirnya menyuarakan kebimbangan Cik Mazni kepada taifu, perlukah jarum akupuntur tersebut diletakkan di seluruh badan? Kerana bimbang Sofea terlalu sakit sehingga menyebabkan S****. Taifu menerangkan bahawa adalah sangat penting dilakukan di seluruh tubuh, bukan disebahgian tubuh contoh, muka sahaja atau tangan sahaja. Ini adalah kerana jika hanya sebahagian sahaja, rawatan akupuntur tidak akan berkesan. Taifu juga menyatakan sepanjang pengalaman, beliau tidak pernah lagi yang kena S**** sepanjang rawatan akupuntur yang beliau jalankan.
Perubahan selepas 3x rawatan, Alhamdulillah Sofea semakin bertenang dan tidak meragam tidak tentu pasal. Emosi Sofea sangat stabil dan tidurnya nyenyak. Sofea juga semakin "alert" dan sangat peramah. Dan yang paling Cik Mazni & Cik Ijam suka sangat mata Sofea dah boleh "blink", dan otot2 sofea semakin relax. Semoga segalanya dipermudahkan sepanjang sesi akupuntur akan datang dan Sofea semakin pulih.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment