Beginnings

Thursday 16 May 2013

DRAMA SEBABAK: SENTAP VS SEBAK

Babak 1

Pengenalan Watak Dalam Drama Sebabak ini:
i) Cik Mazni
Cik Mazni adalah mama Sofea Az-Zahra.

ii) Sofea Az-Zahra

Siapa Sofea Az-Zahra?
Sofea adalah seorang kanak-kanak Cerebral Palsy (bahasa ilmu perubatan) yang berumur 2 tahun 8 bulan atau dikenali juga sebagai anak istimewa (dalam bahasa sopan)/ anak "Orang Kurang Upaya (OKU) (dalam bahasa yang lebih ilmiah)/ anak cacat (bahasa yang sudah sebati dengan masyarakat dulu dan kini)


Merujuk kepada skrip rancangan "KAROOT KOMEDIA" pada tarikh 16/5/2013 jam 10 malam.

Jep Sepah: ....dia seorang yang ISTIMEWA
Nabil:...ooo dia CACATkah?


ii) Ana (bukan nama sebenar):
 Ana adalah seorang pelajar tahun 5 yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Cik Mazni. Ana adalah merupakan seorang pelajar baru kerana dia baru mengikuti kelas tuisyen Cik Mazni pada akhir bulan Mac 2013.


iii): Kakak Kayra
Kakak Kayra adalah saudara yang membantu Cik Mazni menjaga  Sofea a.k.a Cik Phia

Lokasi: Rumahku Syurgaku


Background: Sedang semua pelajar tuisyen sedang khusyuk belajar, tiba-tiba suara Ana, pelajar tuisyen tahun 5 memecah kesunyian.


Screen 1, Take 1...
Camera ready...
Action...

Ana: Hurm...Kesian anak cikgu, asyik duduk je...barang mainan dia banyak buat MEMBAZIR je cikgu beli.
Cik Mazni: Kenapa awak cakap macam tu?

Ana: Yelah..saya datang tuisyen dia (merujuk kepada Cik Phia), asyik duduk je. MEMBAZIR DUIT je cikgu beli mainan banyak-banyak .
Cik Mazni: Yang awak nak sibuk-sibuk nak tentukan saya membazir ke tak beli barang permainan untuk dia. Saya guna duit sayakah duit awak?

Ana: Memanglah duit cikgu, kalau adik saya dah lama dah dia main.

Cik mazni: Adik awak OKU kah?

Ana: Tak.

*semua pelajar kat sini tau tak Sofea ni OKU, kalau tak faham juga dalam bahasa mudah CACAT.*
*TAU CIKGU. Respon pelajar-pelajar lain.

Cik Mazni: Kayra, letak Sofea kat bawah, sebab ada orang tak faham kenapa dia asyk duduk je.

* Kayra pun membaringkan Sofea di atas tilam.Sofea pun apa lagi menangislah menggelupur kerana susah bernafas dik kerana kahak dan air liurnya yang dia tidak dapat telan.* Berbuih-buih hingus, khak dan air liur keluar dari mulut dan hidung Sofea, Kayra cuba mengelap dan mendukung sofea.

Cik Mazni: Tak payah dukung, biar Sofea di bawah, sebab ada orang lagi pandai apa yang terbaik untuk Sofea.
*Sumpah dengan nama Allah, Cik Mazni dah memang menyirap, sentap dan pelbagai rasa ada, tapi Cik Mazni memang masih dalam kawalan.

Ana: Saya minta maaf cikgu. Saya cakap je.
Cik Mazni: Lain kali sebelum bercakap berfikir dulu.tugas awak tu datang rumah saya untuk belajar bukan nak suruh menyibuk mengambil tau urusan saya. Buat apa saya nak bazir duit bayar Kayra jaga Sofea supaya bila dia duduk dengan Kayra, Sofea diam dam korang boleh belajar.

Cik Mazni: Semua orang dah hafal sifir?

*ada pelajar yang jawab ya, ada yang tidak*

Cik Mazni: Kepada yang belum hafal sifir korang OKU kah? Anak saya Sofea ni memang tak boleh nak hafal sifir sebab dia OKU, mata tak nampak, telinga tak dengar, tak boleh makan atau minum ikut mulut apatah lagi bercakap.

Sekian...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...