Tube! Tube! Tube!
Sesungguhnya berasa amat susah hati setelah mengetahui tentang keputusan ujian radiology yang telah sofea jalani pada 6 Julai 2011 yang lepas. Keputusan nya adalah Baby Sofea tetap memerlukan 'feeding tube' kerana injap di peparu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya semasa proses penelanan.Di mana semasa Baby Sofea cuba menelan susu injap tersebut sepatutnya tertutup supaya susu/makanan tidak masuk ke peparu.Sesungguhnya injap itu tidak berfungsi yang menyebabkan 50% daripada jumlah susu yang di telan masuk ke peparu.
Dr Juanita menyarankan supaya Baby Sofea melakukan pembedahan untuk Gastrotomy Tube (G-Tube), supaya Baby Sofea dapat membesar.Mama Sofea & Papa Sofea mintak supaya diberikan masa untuk mempertimbangkannya.
![]() |
Gastrotomy Tube |
Sesungguhnya ...Mama Sofea amat tidak suka dengan segala macam prosedur pembedahan walaupun risikonya kecil.Biarlah semuanya secara natural.Adakah jaminannya jikalau Baby Sofea menambah berat badan maka dia boleh berjalan? Pada Mama Sofea Allah dah buat badan Baby Sofea sesuai dengan kemampuannya dan memudahkan Mama Sofea menguruskannya.Wallahua'lam...
"Semoga Allah senantiasa melindungi Sofea Az-Zahra dan memberi petunjuk kepada Mama & Papa Sofea
No comments:
Post a Comment