Perlukah Begitu?
Pagi semasa majlis hari lahir Sofea yang lepas, Mama dan Acu Hazirah ke Tesco Extra, Ipoh untuk membeli beberapa barang untuk 'final touch' decoration for Sofea's birthday. Mama mendukung Sofea sambil mencari barang -barang yang diperlukan, secara tidak langsung kami berselisih dengan seorang bapa kepada dua orang anak lelaki dari arah yang bertentangan.Mama berhenti di tempat balang-balang untuk membeli bekas untuk letak 'candy' , setelah memilih yang berkenan dihati kami berlalu pergi untuk membuat bayaran di kaunter.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi tapak kaki berlari-lari di belakang sambil melaung-laung "kak!kak!kak", (dalam hatiku ada orang panggil aku kah?) Mama pun menoleh...cuba korang teka orang tu panggil mama tak? kalau dia panggil agak-agak apa dia nak cakap?
Korang tau dia tanya apa?
"Kak, kenapa anak kakak pakai 'STRAW' di mulutnya?"Sebenarnya Mama dah lali dengan pertanyaan begitu tapi yang menjengkelkan, perlu ke dia kejar sebab nak tanya kenapa Sofea pakai STRAW?Tak ada ke pilihan perkataan yang lebih SOPAN?(dalam hati..sahlah orang ni memang ada masalah komunikasi + jakun...sebab apa Mama kata jakun, sebab cara dia bertanya tu sesuai untuk orang hidup pada zaman Paleolitik je..tak ada adab senang cerita memang biadap.
No comments:
Post a Comment