Beginnings

Friday, 30 September 2011

CHAIYOK ! CHAIYOK ! CHAIYOK

Satu Langkah Bagi Suatu Permulaan

Sejak beberapa bulan lepas (sebelum bulan Ramadhan) Mama Sofea telah bercadang untuk mencuba 'alternative treatment' baru buat Baby Sofea kerana usia Baby Sofea menginjak ke usia 1 tahun. Walaupun Mama Sofea & Papa Sofea telah mencuba terapi O2CO2 (di NURY Institute) sejak Baby Sofea berumur 59 hari lagi, tetapi Mama Sofea berasa kini tibalah masa Baby Sofea mencuba sesuatu yang baru.

Perkara yang paling merunsingkan Mama Sofea tentang keadaan Baby Sofea adalah masalah 'swallowing disorder' dan tulang belakang yang yg semakin menimbul dr 3 ke 5 ruas. Setelah 'berbual' dengan beberapa orang kawan2 yang senasib dgn kami Mama Sofea amat berminat dengan rawatan akupuntur & rawatan kak Raw (yang telah lama diperkenalkan oleh kawan suami & ustaz Mama Sofea yang anaknya 'down syndrome'+ hyperactive, kini boleh berjalan dan mampu menerima arahan dengan baik)

Tetapi.......pada 24 September 2011 yang lepas...

Semasa melayari facebook via 'my mobile', kak Afidah Ayob @ Ju, telah 'add' kak Muna (Since she is graduated from IIUM so do I) I attracted to read her post in Super Mum's Angel Group (Sham Therapy Centre), her daughter received therapy from Sham Therapy Centre since 2005, now... her daughter can walk even can speak and write (I really hope Sofea be able to walk, speak & write one day :)

****Itu yang menyebabkan Mama Sofea memilih untuk pergi mencuba terapi di Sham Therapy Centre****

Esok........pada 1 Oktober 2011 jam 8.30 pagi

Kami sekeluarga akan membawa Sofea ke Sham Therapy Centre, sesi konsultasi adalah selama 45minit dan yuran konsultasi yang dikenakan adalah rm 75. Sekiranya ingin ke sana temujanji perlu dibuat terlebih dahulu  kerana terdapat ramai org 'jadi kalau walk in..mungkin tak bernasib baik'.

Mama Sofea amat berharap 'terapist baru' ni serasi dengan Baby Sofea dan membawa perubahan dalam perkembangan Baby Sofea....

***Selamat malam semua...iringi kami dengan doa "moga-moga usaha kami membuahkan hasil...ameen***

Saturday, 17 September 2011

My SweetHeart: After Bathed

Entry kali ini Mama Sofea akan berkongsi 'aksi cute' Baby Sofea selepas mandi. Setiap hari Baby Sofea bangun seawal jam 7.30 am dan akan mandi seawal jam 8.ooam , walaupun sewaktu mandi baby Sofea akan protes 'menangis' dengan beria-ria tetapi sebenarnya jauh di sudut hati Baby Sofea amat gemar mandi. Buktinya mari lihat 'picture' yang diambil oleh Papa Sofea....

Baby Sofea: Bayi Melayu Terakhir:Sangat Sopan Santun 
Closed Up: Baby Sofea's Face


Tengok! Bukti Baby Sofea Suka Mandi: Stim Habis..ngantuk lah tu :P

Friday, 16 September 2011

DAISY PARTY:DRAFT

Gambar-gambar berikut adalah 1st draft design untuk poster & photo props untuk birthday my little princess Sofea Az-Zahra.Apa pendapat korang? Korang suka tak? Mama suka sangat, hanya yang terbaik untuk Sofea. Walaupun berjuta kali papa tanya tak payah nak beria-ria mahal. Biarlah mama yang menanggung kosnya, janji mama puas hati.Biarlah kalau ada yang mengata, budak kecik bukan faham apa-apa pun, buat membazir je.Yang penting niat mama walaupun Sofea anak istimewa, Mama akan buat yang terbaik buat Sofea.Sebab Mama sayang Sofea :-D







Thursday, 8 September 2011

DAISY PARTY:DECO-DECO BERSAMA MAZNI& ZAMZAIRI

Behind The Scene

Ok! Bila tengok-tengok balik gambar yang telah di ambil oleh Mr.Hadi, rasa kagum dengan diri sendiri. Kuang! Kuang! Kuang!. Dah macam pencacai panjat sana-sini 2 jam sebelum birthday Sofea. Memang last minit..tapi nasib baik lah kiranya CUN jugaklah hasil deco.Jom layan gambar ni dulu ye...gambar-gambar ketekunan kami sekeluarga & sanak saudara bertungkus-lumus buat persediaan akhir.






DAISY PARTY:365 DAYS

My Little Princess Sofea Az-Zahra 1st Birthday


Ok, ni semua gambar yang diambil oleh Mr. Hadi (Mama's School Junior) semasa Sofea 1st Birthday. Puas hati tengok? Meriah tak? Setelah sebulan merancang 'Sofea 1st Birthday Party' akhirnya Mama pilih tema 'Daisy', pink, purple, baby blue & apple green. Jom layan...zzzaaazzz...




Sofea's 365 Days

Sofea & Mama 

My Little Angelina Jolie: Sofea Az-Zahra

From Left: Acu Hazirah, Sofea, Mama Mazni & Ayah Chik Helmi

Sofea & Papa

Setakat ini sahaja gambar-gambar semasa birthday party sofea.Nanti susah nak loading pulak
Doakan Sofea Semakin Sihat & Semakin Banyak 'Improvement' Ye


Monday, 5 September 2011

DRAMA SEBABAK:STRAW

Perlukah Begitu? 




Pagi semasa majlis hari lahir Sofea yang lepas, Mama dan Acu Hazirah ke Tesco Extra, Ipoh untuk membeli beberapa barang untuk 'final touch' decoration for Sofea's birthday. Mama mendukung Sofea sambil mencari barang -barang yang diperlukan, secara tidak langsung kami berselisih dengan seorang bapa kepada dua orang anak lelaki dari arah yang bertentangan.Mama berhenti di tempat balang-balang untuk membeli bekas untuk letak 'candy' , setelah memilih yang berkenan dihati kami berlalu pergi untuk membuat bayaran di kaunter.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi tapak kaki  berlari-lari di belakang sambil melaung-laung "kak!kak!kak", (dalam hatiku ada orang panggil aku kah?) Mama pun menoleh...cuba korang teka orang tu panggil mama tak? kalau dia panggil agak-agak apa dia nak cakap?

Korang tau dia tanya apa? 

"Kak, kenapa anak kakak pakai 'STRAW' di mulutnya?"Sebenarnya Mama dah lali dengan pertanyaan begitu tapi yang menjengkelkan, perlu ke dia kejar sebab nak tanya kenapa Sofea pakai STRAW?Tak ada ke pilihan perkataan yang lebih SOPAN?(dalam hati..sahlah orang ni memang ada masalah komunikasi + jakun...sebab apa Mama kata jakun, sebab cara dia bertanya tu sesuai untuk orang hidup pada zaman Paleolitik je..tak ada adab senang cerita memang biadap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...