Beginnings

Friday, 30 September 2011

CHAIYOK ! CHAIYOK ! CHAIYOK

Satu Langkah Bagi Suatu Permulaan

Sejak beberapa bulan lepas (sebelum bulan Ramadhan) Mama Sofea telah bercadang untuk mencuba 'alternative treatment' baru buat Baby Sofea kerana usia Baby Sofea menginjak ke usia 1 tahun. Walaupun Mama Sofea & Papa Sofea telah mencuba terapi O2CO2 (di NURY Institute) sejak Baby Sofea berumur 59 hari lagi, tetapi Mama Sofea berasa kini tibalah masa Baby Sofea mencuba sesuatu yang baru.

Perkara yang paling merunsingkan Mama Sofea tentang keadaan Baby Sofea adalah masalah 'swallowing disorder' dan tulang belakang yang yg semakin menimbul dr 3 ke 5 ruas. Setelah 'berbual' dengan beberapa orang kawan2 yang senasib dgn kami Mama Sofea amat berminat dengan rawatan akupuntur & rawatan kak Raw (yang telah lama diperkenalkan oleh kawan suami & ustaz Mama Sofea yang anaknya 'down syndrome'+ hyperactive, kini boleh berjalan dan mampu menerima arahan dengan baik)

Tetapi.......pada 24 September 2011 yang lepas...

Semasa melayari facebook via 'my mobile', kak Afidah Ayob @ Ju, telah 'add' kak Muna (Since she is graduated from IIUM so do I) I attracted to read her post in Super Mum's Angel Group (Sham Therapy Centre), her daughter received therapy from Sham Therapy Centre since 2005, now... her daughter can walk even can speak and write (I really hope Sofea be able to walk, speak & write one day :)

****Itu yang menyebabkan Mama Sofea memilih untuk pergi mencuba terapi di Sham Therapy Centre****

Esok........pada 1 Oktober 2011 jam 8.30 pagi

Kami sekeluarga akan membawa Sofea ke Sham Therapy Centre, sesi konsultasi adalah selama 45minit dan yuran konsultasi yang dikenakan adalah rm 75. Sekiranya ingin ke sana temujanji perlu dibuat terlebih dahulu  kerana terdapat ramai org 'jadi kalau walk in..mungkin tak bernasib baik'.

Mama Sofea amat berharap 'terapist baru' ni serasi dengan Baby Sofea dan membawa perubahan dalam perkembangan Baby Sofea....

***Selamat malam semua...iringi kami dengan doa "moga-moga usaha kami membuahkan hasil...ameen***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...