Pada jam 6.15am Mama Sofea sudah mula menyiapkan segala keperluan Baby Sofea, selepas sarapan jam 7.45am kami pun bertolak ke sentul dgn berpandukan GPS telefon Mama Sofea....tetapi kami telah tersesat kerana GPS itu tidak meng'update' jalan2 baru. Jam telah menunjukkan jam 8.15am (hati hampir putus asa kerana mungkin tidak dapat mnghadirkan diri pada temujanji jam 8.30am), terperangkap di Jalan Raja Laut, Mama Sofea lantas menelefon Sham Therapy Centre, dan Sham memberitahu supaya kami berpatah balik ke jalan Ipoh.....waduh!!! rupa-rupanya Plaza Pekeliling tu Mama Sofea pernah pergi untuk menemani kawan menghadiri temuduga sebagai Quantity Surveyor (***macam mana boleh lupa***buat lambat je).Kami tiba di sana pada jam 8.31a.m (Alhamdulillah Baby Sofea selalu bernasib baik)
Kami diminta oleh Miss Karen (pembantu Sham***Fisioterapi) untuk buat pendaftaran dan selepas itu kami dijemput masuk ke Bilik Rawatan (actually ala2 pead GYM lah)...***OFF YOUR PHONE PLEASE(actually: utk tujuan Mama Sofea & Papa Sofea menumpukan perhatian semasa sesi penilaian)***so tak dapat lah nak ambil gambar Baby Sofea posing waktu rawatan
Pada mulanya Mama Sofea fikir Sham tu lelaki rupa-rupanya perempuan
***I would describe Sham - 'energetic', 'lively', 'lovely' & 'friendly' person***she have more than 30 years experience in physiotherapy***
Sham :"siapa yang memperkenalkan Sham Therapy Centre?"
Mama Sofea :"Muna 'Izzati"
(dalam hati kalau tak dak group SUPER MUM's ANGEL...memang tak dapat tahulah pasal Sham Therapy Centre ni....alhamdulillah sangat)
Sham : Berapa umur Baby?
Mama Sofea : 1 tahun 1 bulan
Sham : Baguslah umur Baby muda lagi, InsyaAllah ada peluang dia berjalan
***Yang penting Mama& Papa mesti "DO HOMEWORK"***
So, Mama Sofea& Papa Sofea sangat bersemangat lagi teruja tapi biasalah sesi suai kenal Baby Sofea dgn Sham, mimpi 'ngeri' buat Baby Sofea (so Baby Sofea tak boleh nak 'escape' kali ni)***meraung sakanlah Baby Sofea sepanjang 1 jam, kena buat macam-macam aktiviti.
But, Mama Sofea& Papa Sofea pun kena buat 'kerja sekolah' untuk 'memulihkan' Baby Sofea.Memang banyak sangat yang perlu dilakukan (panjang betui 'list kerja sekolah' yang nak kena buat nih!!!)
TAPI DEMI SOFEA, MAMA & PAPA AKAN CUBA LAKUKAN YANG TERBAIK
Hari pun dah larut malam, InsyaAllah pada 'entry akan datang Mama Sofea akan coretkan pula tentang "Mama & Papa Sofea HOMEWORK"
No comments:
Post a Comment