Walaupun Perubahannya Amat Kecil Sekali...
Seperti yang sedia maklum, semenjak kelahiran Baby Sofea mama memang telah menjadi suri rumah sepenuh masa kerana Sofea menggunakan "feeding tube" untuk menyusu.Dengan keadaannya, adalah mustahil untuk mencari pengasuh yang sesuai. Jika tersilap langkah penjagaan, keadaannya akan bertambah buruk.
Oleh kerana itu, Baby Sofea boleh dikategorikan sebagai anak yang bertuah kerana mama menjaganya sepenuh masa dilengkapi pula dengan "Home Program" sejak umurnya mencecah tiga (3) bulan.Keadaan Sofea semakin hari semakin baik berbanding diagnosa kelahirannya yang memungkinkan Sofea terlantar seumur hidup.
Berikut adalah video Baby Sofea semasa berumur 45 hari. Kami suami isteri sangat teruja sekurang-kurangnya Sofea mampu mengangkat kepala.
Video dibawah pula diambil semasa Sofea berumur 4 bulan. Betapa susahnya Baby Sofea bernafas, begitu kuat dengusnya. Allah sahaja yang tahu bagaimana Sofea menanggungnya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu Sofea sudah ada respon terhadap cahaya dan matanya tidak begitu susah untuk ditutup apabila tidur.
Setakat ini sahaja yang dapat mama kongsikan mengenai perkembangan Sofea sehingga umur 5 bulan setelah mengikuti program NURY yang mempraktiskan teknik Glenn Doman. InsyaAllah, mama akan berkongsi cerita lagi mengenai perkembangan Sofea pada entry yang akan datang.Akhir kata, walaupun kecil perubahannya kami amat hargai kerana untuk mendapatkan perubahan yang kecil pun menuntut banyak tenaga, masa dan wang ringgit. Wallahu'alam...Semoga Sofea Sihat Selalu.Ameen...

Mama & Papa memohon agar video ini tidak disalahgunakan.
Untuk menggunakan "material" ini anda mestilah mendapat kebenaran daripada pihak kami.
Berikut adalah video yang diambil semasa Baby Sofea berusia 60 hari. Kami suami isteri masih lagi bersyukur walaupun keadaan "Hypertonia" sofea pada tahap yang teruk, sekurang-kurangnya Sofea memberi respon apabila mendengar bunyi dengan menggerakkan kaki dan tangan.
Mama & Papa memohon agar video ini tidak disalahgunakan.
Untuk menggunakan "material" ini anda mestilah mendapat kebenaran daripada pihak kami.
Untuk menggunakan "material" ini anda mestilah mendapat kebenaran daripada pihak kami.
Baby Sofea berusia 105 hari. Sofea masih tidak mempunyai respon terhadap cahaya. Selain itu, Sofea juga mengalami kesukaran untuk menutup mata terutamanya mata di sebelah kanan. Setiap malam atau setiap kali Sofea tidur kami akan "selotape"kan matanya dengan "selotape" khas.
Video dibawah pula diambil semasa Sofea berumur 4 bulan. Betapa susahnya Baby Sofea bernafas, begitu kuat dengusnya. Allah sahaja yang tahu bagaimana Sofea menanggungnya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu Sofea sudah ada respon terhadap cahaya dan matanya tidak begitu susah untuk ditutup apabila tidur.
Mama & Papa memohon agar video ini tidak disalahgunakan.
Untuk menggunakan "material" ini anda mestilah mendapat kebenaran daripada pihak kami.
Untuk menggunakan "material" ini anda mestilah mendapat kebenaran daripada pihak kami.
Gambar di bawah diambil ketika usia Sofea mencecah 5 bulan.Gambar ini diambil sempena majlis Aqiqah dan doa selamat untuk Sofea. Kedua-dua belah mata Sofea sudah boleh tutup ketika waktu tidur. Walaupun begitu, Sofea masih menggunakan "feeding tube" untuk minum.
Setakat ini sahaja yang dapat mama kongsikan mengenai perkembangan Sofea sehingga umur 5 bulan setelah mengikuti program NURY yang mempraktiskan teknik Glenn Doman. InsyaAllah, mama akan berkongsi cerita lagi mengenai perkembangan Sofea pada entry yang akan datang.Akhir kata, walaupun kecil perubahannya kami amat hargai kerana untuk mendapatkan perubahan yang kecil pun menuntut banyak tenaga, masa dan wang ringgit. Wallahu'alam...Semoga Sofea Sihat Selalu.Ameen...
No comments:
Post a Comment