Beginnings

Wednesday, 16 May 2012

CAR SEAT CUM FEEDER SEAT


Cerita ini sepatutnya Cik Mazni tulis minggu lepas, tapi kami sekeluarga balik ke Ipoh, Perak dari hari Khamis hingga Ahad. Kenapa balik Perak? Sebab nak menyelesaikan Suntikan Imunisasi Sofea yang sepatutnya diambil pada usia 18 bulan.Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-pun pebaca sekalian umur Sofea sekarang dah 20 bulan.Doktor "specialist" incharge pun geleng kepala. Bukan tak mau ikut jadual. Dari bulan Februaru hingga ke April kami asyik berkampung di hospital.Tutup buku pasal suntik-menyuntik ni. 


Jom stori-mori pasal tajuk kita pada hari ini " CAR SEAT CUM FEEDER SEAT". 

Feeder Seat ini pernah di sarankan oleh Occupational Therapist untuk Sofea, tapi bila dengar harga, terus garu kepala sebab memang tak mampu. Kenalah kami menyimpan berbulan lamanya barulah dapat beli, tu pun beli kerusi jelah, tak termasuk meja.

Harga Quotation Kerusi sahaja: RM 2+++
Harga Quotation Kerusi + Meja : RM 4+++

Telan air liur jelah.Sobs...Sobs...Sobs.... Cik Mazni kena lah beli barang Sofea mengikut kemampuan buat masa sekarang ni, sebab banyak lagi GADJET yang diperlukan oleh Sofea.Kesian jugak Sofea yang sekali-sekala nak diajar duduk macam inilah rupa sadis Sofea;


Cara ini Memang Tidak Bagus untuk Tulang Belakang

Disebabkan kesian dekat Sofea, pada hari Khamis yang lepas selepas balik dari sesi terapi di BYS, kak Nina (from The Helping Hand) sudi singgah ke Butik Baby Manja, Ampang.Hasil rembatan adalah seperti berikut;


Hasil Rembatan: Car Seat Cum Feeder Seat, Ring Sling & Bottles

TAAADAAA, balik rumah terus cuba (Sebenarnya dalam kereta lagi dah cuba, berjaya dudukkan Sofea dari Ampang hingga ke rumah). Terima kasih kak Nina kerana bersusah-payah membawa "car seat cum feeder seat" ni naik ke rumah.

Testing!Testing!Testing
Car seat/feeder seat ni Cik Mazni "consider as value for money" kerana :

1.Seat ni boleh "recline up to 3 positions".
2. Ada "support pad" di kepala dan bahu
(sesuai sangat dengan Sofea yang trunk + neck control yang tak berapa cun lagi)
3. Sangat stabil, kalau tak stabil boleh terpelanting Sofea kalau tak ada "support" di bahagian belakang kerusi.
4. Sesuai juga digunakan sebagai "car seat", "feeder seat", "activity seat" etc.


Malamnya kami terus pakai "car seat" ni balik ke Perak, Sofea tidur dengan  nyenyaknya dari Kuala Lumpur hingga ke Sungai Siput, Perak. Sampai di Sungai Siput Cik Ijam sampai kena angkat Sofea + Car Seat sebab lena sangat tidurnya.Berbaloi-baloi dengan harganya iaitu RM 2++.

Sekarang ni di rumah, Cik Mazni sediakan rutin sesi baca buku cerita untuk Sofea dengan menggunakan "seat" ini.Seperti yang disarankan oleh Pn. Rafidah pada sesi OT yang lepas banyakkan komunikasi dengan Sofea.

2 comments:

  1. wah...sofea dah ada car seat la Along...tengok tu cumels jer dia duduk...

    ReplyDelete
  2. Along pun dah ada car seat baru kan Ida. Lepas baca post Ida pasal car seat Along, terus dapat idea gunakan "car seat as feeder seat instead of feeder seat tumble form" yang mahal tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...