Anak menangis? Cik Mazni pun menghadapi masalah yang sama seperti ibu-ibu lain. Cik Mazni nak buat confession di sini bahawasanya Cik mazni paling alergi dengar tangisan yang berpanjangan (memang spoilt my day). Cik Mazni memang bukan jenis ibu yang dengar anak menangis pun turut menangis sama melainkan kalau Sofea menangis di hospital itu pun atas sebab-sebab yang munasabah. Kenapa Cik Mazni tak suka bila Sofea menangis melarat-larat?
Ini adalah kerana menangis yang berpanjangan akan memberi kesan kepada sistem respon di bahagian otak. Bayi yang dibiarkan menangis berpanjangan akan menyebabkan "emotional wellbeing" nya terganggu, bayi akan mengalami "stress" dan sistem tubuh akan menjadi lebih sensitif, dan yang paling menakutkan "high levels of toxic stress hormones wash over her brain". Kanak-kanak (Cerebral Palsy ) seperti Sofea pula kalau dibiarkan menangis terlalu lama mungkin akan mendedahkannya kepada sawan.

Terdapat beberapa sebab bayi menangis antaranya :
1. Saya perlukan makanan
2. Saya perlukan keselesaan
3. Saya perlu nyaman dan selesa (tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk)
4. Saya perlu dipeluk
5. Saya perlukan rehat
6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa leih sejahtera
7. Saya perlukan sesuatu... tetapi saya tidak tahu apa yang saya mahu
Bagi kes Sofea, Cik Mazni akan pastikan akan mengambil Sofea sebelum dia mula menangis. Rutin harian Sofea akan terjaga seawal jam 7:15 am, dan akan mendiamkan diri sehingga jam 8:30 am, dia akan mula memanggil-manggil, tetapi kalau Cik Mazni atau Cik Ijam tidak respon dan dia akan mula menangis alamatnya, Sofea akan bad mood sampai ke malam.Oleh itu, sila pastikan si comel anda berada dalam keadaan selesa dan selamat untuk mengelakan mereka daripada menangis berpanjangan
No comments:
Post a Comment