Cerita Anak Veras
Ingatlah, "setiap hari yang kita enunggu,kita telah hilang satu hari bagi pemulihan anak kita", kata Dr. Glenn Doman kerana seharusnya anak-anak kita dan kita sendiri berpotensi untuk menjadi manusia " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".
Renungkanlah...
Cerita ini dipetik daripada majalah Mingguan Wanita,2010 m/s 92,
Hasil Nukilan:Allahyarhamah, Dato' Dr. Noor Laily bt. Dato' Abu Bakar
Dr. Raymundo Veras ialah seorang doktor pakar mata, dia dan isterinya mempunyai dua (2) orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelakinya bernama Dze Carlos Veras manakala yang perempuan bernama Londhinie Veras. Telah menjadi kelaziman keluarga di Brazil untuk pergi berkelah bersama keluarga di tepi pantai atau di pulau-pulau berhampiran. Beberapa hari sebelum menjelang cuti Krismas, Dr Raymundo Veras telah membawa keluarganya berkelah di sebuah pulau berhampiran Rio De Jeneiro.
Setelah bersukaria berkelah hingga ke petang, kini tiba masanya untuk pulang. Anaknya, Dze Carlos Veras meminta izin bapanya untuk membuat terjunan terakhir. Dia memanjat bukit dan terjun ke dalam laut. Malangnya, kepala Dze Carlos terhantuk ke batu dan dia terus tenggelam. Bapanya terpaksa menyelam untuk menyelamatkan anaknya. Tetapi, apabila Dze Carlos dibawa ke atas darat, dia tidak sedar diri. Dr. Raymundo cuba membuat bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya dan Dze carlos dibawa ke hospital. Semua pakar kenalan ayahnya memberitahu Dze Carlos tidak mungkin pulih dan ibu bapanya mesti menerima bahawa Dze Carlos mungkin akan meninggal dunia. Dr. Raymundo berkata " tidak, ini anak saya, saya akan tentukan dia akan pulih dan pulang semula ke alam manusia". Dia membawa anaknya Dze Carlos keluar dari hospital dan kliniknya dijadikan tempat rawatan anaknya. Dengan takdir Allah S.W.T, Dze Carlos telah sedar tetapi tidak boleh bergerak atau bertutur. Dr Raymundo Veras telah menutup kliniknya dan membawa Dze Carlos ke beberapa pusat pemulihan di Amerika Syarikat tetapi Dze Carlos tidak menunjukkan apa-apa perubahan.
Akhirnya, Dr. Raymundo Veras dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke Brazil. Sebelum pulang mereka telah singgah di sebuah gereja. Sewaktu menyertai koir di gereja itu, isterinya menangis teresak-esak, seorang lelaki yang duduk disebelah ibunya bertanya mengapa dia menangis.Lantas isterinya menceritakan tentang perihal anaknya Dze Carlos. Lelaki itu bertanya, "Adakah kamu telah membawa anak kamu ke pusat rehabilitasi di Philadelphia?" Jawab isteri Dr Raymundo, "belum". Lelaki itu berkata, " cubalah pergi ke situ dahulu mana tahu mungkin sembuh". Tetapi dalam kesibukan di gereja sang isteri telah terlupa untuk bertanya alamat dan nombor telefon pusat rehabilitasi tersebut. Apabila dia memberitahu suaminya, Dr. Raymundo berkata, " Bagaimana nak cari tempat tersebut ? Bayangkan Philadelphia itu kotanya amat besar dan merupakan kota ketiga terbesar di Amerika". Jawab isterinya, " saya tidak akan pulang sehingga kita berjumpa tempat itu".

Bak kata pepatah
HENDAK SERIBU DAYA, JIKA TIDAK BERKEHENDAK SERIBU DALIH
Itulah pepatah melayu yang boleh menggambarkan usaha Dr. Raymundo Veras dan isterinya dalam membantu anak mereka Dze Carlos Veras merupakan antara anak yang pertama di rawat di institut yang terletak di Philadelphia ini. Beliau telah hampir pulih keseluruhannya kecuali kerosakkan pada saraf tunjangnya. Dengan menggunakan kerusi roda, Dze Carlos meneruskan kehidupannya sehingga bergelar seorang doktor pakar bedah dan meneroka pelbagai bidang perubatan yang lain.Dr Raymundo dan isterinya telah membawanya pulang ke Brazil dan dengan izin Dr. Glenn Doman, Dr.Raymundo Veras telah membuka Institut Pembangunan Potensi Manusia di Brazil.
Ingatlah, "setiap hari yang kita enunggu,kita telah hilang satu hari bagi pemulihan anak kita", kata Dr. Glenn Doman kerana seharusnya anak-anak kita dan kita sendiri berpotensi untuk menjadi manusia " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".
Renungkanlah...
Cerita ini dipetik daripada majalah Mingguan Wanita,2010 m/s 92,
Hasil Nukilan:Allahyarhamah, Dato' Dr. Noor Laily bt. Dato' Abu Bakar
No comments:
Post a Comment