Yuhuuuu! Dah lama tak update blog. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Semuanya adalah kerana seperti tajuk di atas " GASTROSTOMY INSERTION (GI): COUNTING DAYS". What is " Gastrostomy" (Sila lihat link ye). Tup...tup dah 27 Mei 2012.Huh! * Sigh* cepat sungguh masa berlalu tarikh pembedahan 30 Mei 2012 (Rabu), 29 Mei 2012 (Selasa), dah kena daftarkan diri di wad pembedahan. Sepatutnya pembedahan ini dilakukan pada 12 April 2012 (Khamis) yang lepas, tapi dah ditangguhkan atas sebab2 yang Cik Mazni pun malas nak ulas.
![]() |
Memo Tempahan Wad Pembedahan. Aduhai! Sabarlah hati |
Sepanjang minggu lepas adalah "tempered week" untuk Cik Mazni, Cik Ijam & Sofea. Semua nak jadi cepat melenting, Sofea pun kuat meragam bukan main, menangis pada tahap "high frequency", muntah + demam (tetiba) + tiub tercabut (sehari sampai 2 atau 3x masukkan tiub). Huh! Menguji tahap kesabaran dan keimanan. Alasan paling munasabah kenapa semua orang "tempered"/ cepat meradang, mungkin sebab kami rasa tarikh pembedahan semakin dekat.
Sofea dan "feeding tube" pun bagai tidak sefahaman lagi, asyik tercabut dan tercabut, pelekat tiub pun seakan merajuk dengan Sofea, tidak mahu lekat di tiub, hanya lekat di kulit bahagian dagu, sampai Sofea mengalami lelesan di dagu sebab kuat sangat pelekat melekat didagu, tapi di tiub tidak pulak mahu melekat.
Macam-macam bermain di kepala Cik Mazni + Cik Ijam...
1. Bagaimana keadaan Sofea sewaktu dan selepas pembedahan. Berjayakah?Selamatkah? Ada komplikasikah? Berapa lama perlu tinggal di hospital? Aduhai! sesak nafas + sesak kepala memikirkannya
:- C
2.Lepas Sofea buat GI bagaimana dengan sesi terapinya, "tummy time", "hydrotherapy". Jadi, sepanjang minggu lepas Sofea menjalani sesi hidroterapi setiap hari, yang bagusnya kaki Sofea semakin pandai beraksi. Tak tahulah, lepas buat GI ni bila pula baru boleh berhidroterapi lagi :-C.
3. Barut untuk Sofea pun kami tak buat lagi, untuk menutup bahagian perut Sofea selepas pembedahan.Mana lah nak cari tukang jahit nak jahit barut. Tukang jahit manalah nak layan perkara remeh- temeh ni. Tukang jahit tengah sibuk jahit baju raya.
Kami pun dah mula bincangkan hal pembedahan ini dengan Sofea, dia pun seakan-akan redho dengan takdirnya.Untuk menghilangkan kebimbangan + kegusaran...
+Pada hari Sabtu kami ke Alamanda: MPH (Hidu bau buku untuk hilangkan stress)
Membeli hadiah untuk pengantin (Ummi) + makan @ Sushi King
+Pada hari Ahad kami ke kenduri kahwin Ummi @ Kompleks Sukan Sri Delima, Kepong,
lepas balik dari kenduri kami ke KLCC pula, ke Kinokuniya (Hidu bau buku lagi untuk menghilangkan
stress) + Makan @ Little Penang Cafe. Hasilnya Cik Mazni sempat lah merembat buku
"Teaching Motor Skills to Children with Cerebral Palsy and Similar Movement Disorders
RM 77.91
" Ya Allah! Semoga semuanya selamat dan keadaan Sofea akan bertambah baik selepas pembedahan ini. Ameen"
ketentuan ALLAH adalah rahsia dariNYA....ape yg perlu kita lakukan kita harus redha..kuat dan sabar dlm menempuhnya...ujian dtg tanpa kita duga...tapi setiap ujian yg diberi ingatlah kerana ALLAH ,masih sayangkan kita...ada hikmah disebalik semuanya...semoga semua akan selamat dan berjalan lancar...amin
ReplyDeleteTerima Kasih Mama Akid
DeleteAlhamdulillah, Semuanya Selamat.Sofea nampak lebih baik selepas buat Gastrostomy Tube Insertion
terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan..i'allah sofea boleh kan dear...chumel dier...pelok cium utk sofea erk..
ReplyDelete* nk tye feeding tube dia tuh mmg ikt mulut erk?ank sya ikt idung...apa beza erk? pastu sofea operate utk buang tiub tu ker? dia mmg problem sucking gak ker? leh pm sya x no hp...no sya 012-9309841-lin...sms no awk erk..tq
Dari lahir pakai feeding tube di mulut (Hospital Serdang)
DeleteDi HUKM mula2 through "nasal" hidung, then tukar ke mulut pulak, tak pasti sebab apa.
pembedahan kali ini nak buat "gastrostomy tube insertion" letak tube terus ke perut, sebab tak mau ada insiden "aspirate" susu + pneumonia. Selepas OP ni ryle tube tidak perlu digunakan lagi.
Nanti saya SMS no. saya ye Bee Honey
Semoga semuanya selamat n berjalan lancar.. utk barut tu, saya sedia utk tolong jahitkan. cuma bg ukuran bn bendtk nak cam ner yer..apa email puteri.jue@gmail.com , http://cinta-anugerah.blogspot.com
ReplyDelete