Tajuk post kali ini adalah berbunyi "Berani Punya Budak". Tapi isi kandungan post ini langsung tiada kena mengena dengan filem Afdlin Shauki ye.
Ini nak cerita mengenai drama "Berani Punya Budak" versi keluarga Cik Ijam & Cik Mazni,. Watak utama bagi drama ini adalah Sofea Az-Zahra, memegang watak sebagai "Berani Punya Budak". Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Sebab Sofea berani menjalani pembedahan "Gastrostomy Tube Insertion" pada 30 Mei 2012 (Rabu) yang lepas.
Sofea merupakan peserta ke-2 untuk menjalani pembedahan. Jam 11 am Cik Mazni, Cik Ijam & Sofea pun turunlah ke "Operation Theatre". Cik Ijam tak mahu teman Sofea masuk "operation room", konon pengsanlah. Yang hairannya masa Cik Mazni melahirkan Sofea tu berani pulak (Tu pun setelah Cik Mazni paksa+ ugut) Akhirnya, Cik Mazni jugalah yang terpaksa gagahkan lutut ni tu pun sebab anak kesayangan ni. Jom layan "posing" Cik Mazni, Cik Ijam & Sofea sebelum "operation".
Cik Mazni Yang Pura-Pura Tabah Bersama Sofea Berani Punya Budak Yang Pakai Tiub |
Mata Sofea Bergenang dengan Air Mata |
Sumpah! Cik Ijam + Cik Mazni memang tak sampai hati tengok mata Sofea bergenang dengan air mata. Tapi anak solehah ni tak menangis berteriak pun. Mungkin dia sebak.Tapi ini semua untuk kebaikan Sofea supaya sofea boleh dapat nutrisi yang secukupnya dan mempunyai kekuatan untuk menjalani terapi dan seterusnya untuk perkembangan. "Ryle Tube" di mulut Sofea bersaiz 8", Saiz "Gastrostomy Tube" 14 " akan memudahkan untuk memasukkan makanan "semi solid" dan "oral stimulation" lebih mudah dilakukan.
Moga-Moga Sofea dapat menelan dengan baik dan makan+ minum dengan enggunakan mulut suatu hari nanti. Ameen...
sofea sgt comel la ibu..insyallah dia pasti boleh. ah'ahh sgt sebak tgk airmata kat tubir tu
ReplyDeleteLagi sebak Cik Mazni bila doktor bius, bius Sofea, Sofea tidur, doktor suruh "sayang" a.k.a "kiss", waa...mcm itulah saat kali terakhir bertemu dgn si kecil tu.
Deletebergenang air mata baca entry ni.. sofea anak yang kuat.. Moga kamu lekas2 sembuh sayang dan mampu untuk makan sendiri..Amin.. :) *hugs untuk kamu mazni kerna kamu tabah!!*
ReplyDeleteTabahnya mazni..moga sofea akan lebih sihat pas ni ye..sayang sofea!
ReplyDeleteHUWAAA...darwisy sya pun skrg tube cuma restube .ari2 tcabut...camna ni? dia kna gastro sbb sll cabut erk? mga syg sofea kuat n cpt smbuh ye dear...amin ya rabb
ReplyDeletebEe Honey
DeleteKak. Sofea buat gastro sbb underweight + nutrisi tak cukup untuk perkembangan dia.Lagipun lelangit dia dh berlekuk sbb lama sangat on oral ryle tube