Beginnings

Friday, 15 June 2012

LIGHT VERSUS BLACK + WHITE

Mata Oh Mata!

Sudah lama Cik Mazni tak menceceh dalam blog. Bukan sebab malas! Tapi kerana badan+minda+ jiwa raga yang terlalu letih dengan Sofea yang memang "demanding" selepas balik dari hospital tempoh hari. Mungkin si comel tu baru nak membiasakan diri dengan "gastrostomy tube"  tu. Siang langsung tak tidur dulu ada jugalah tidur walaupun sekejap dlm 15-20 min sekarang langsung tak. Mulalah dia menyanyi lagu "ROCK KAPAK" melayankan mata yang mengantuk tapi tak mau tido.Nak memerap tak boleh berenggang langsung. Dari jam 8:30 am -6:30/7:00pm...tak berenggang. Tak taulah mcm mana menderitanya Cik mazni sakit belakang. Lepas ni Cik Mazni kenalah mendaftarkan diri di mana-mana pusat fisioterapi.Huh! Malam Cik Ijam pulak jadi mangsa si comel tu, tido jam 2am-3am. Yang menghairankan tidolah lewat manapun tepat jam 7 am pandai pulak si comel Sofea tu bangun. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melalui hari-hari seterusnya dengan "gastrostomy tube" ni.

Berbalik kepada isi pokok berkenaan "Mata Oh Mata", hari ini  Baby Sofea ada temujanji di klinik mata jam 10 a.m. Sebenarnya malas nak pergi,tapi sebab dah dua kali tangguhkan, terpaksalah gagah diri untuk hadir, bukan sebab takut dengar hakikat, tapi lebih kepada malas "MENUNGGU", tapi akhirnya ayat yang didengari

"INI SEMUA BERGANTUNG KEPADA OTAK, YANG PENTING STIMULASI"." NAK STIMULASI MACAM MANA SUPAYA SAMPAI BOLEH NAMPAK ADA KAU BERITAHUKAH?" "PALING BERNASIB BAIK PUN JAWAPANNYA IALAH BELILAH "TOYS" YANG BERWARNA WARNI TAK SEMESTINYA HITAM PUTIH". 

Terima Kasih sangat atas nasihat yang sangat berguna di mana di belakang kotak "toys LAMAZE " yang dibeli pun ada ditulis "visual stimulation" ye , YANG ARIF!.


Setelah nombor dipanggil, biasalah episod, sekejap suruh masuk bilik 6, lepas tu 13, lepas tu bilik 3/4. Kami pun hairan apa dah jadi dengan sistem nombor, ku tengok mesin masih berfungsi. Ku malas nak menceceh pasal sistem, kalau agak ku dah tak boleh bertolak-ansur ku angkat kaki sudah. Malas nak memaki -hamun.


PERCUBAAN PERTAMA:AKTIVITI SULUH-MENYULUH =GAGAL

Mari Lihat Saya+ Kelip Mata!

Walaubagaimanapun, kami berjaya juga jumpa "optometrist" dia pun ambilah "torch light" suluh mata Si Comel Sofea. Cuba teka ada respon tak?Huh! Sofea langsung tak kerdip mata!.Cik Mazni + Cik Ijam pun berkata " Mata dia ni memang sekejap ok sekejap tak ok".

PERCUBAAN KEDUA: AKTIVITI PUSING-MEMUSING= BERJAYA


Black+ White Stipey= Like!Like!Like!
Setelah Sofea memberikan respon negatif terhadap stimulasi cahaya.Cik Optometrist pun ambillah satu alat yang boleh memusing hitam putih berbelang. Cuba teka apa respon Sofea. Positif atau negatif? YES! YES! YES! Mata Sofea beri respon ikut objek hitam putih tu. ALHAMDULILLAH! Bagus satu pencapaian sekurang-kurangnya Sofea boleh melihat. Lepas ni Cik Mazni boleh mula buat "flash card". Kami tak jumpa doktor pun sebab Cik Ijam ada meeting jam 12 noon.Kalau nak tunggu pun tak tahulah bila nak dipanggil.
 :-C

2 comments:

  1. Sofea si budak yg cumelsss...makin hari makin bijak dia...cayang kamulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida, Mata dah improve tapi motor semua ada sikit merosot..sbb buat fisio yg ringan2 je...lepas operate...bilalah 3 bulan ni nak habis...jenuh tunggu..rupanya baru 3 minggu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...