Beginnings

Friday, 22 June 2012

MANFAAT BERENANG BUAT SI KECIL


Tajuk di atas adalah artikel sisipan dalam majalah "i-SIHAT" (Julai, 2012,p.40-41)."i-SIHAT" adalah antara majalah kegemaran Cik Mazni, kenapa? Dalam majalah ini terdapat banyak informasi hal-ehwal kesihatan. 

SOPHEA ISABELLA! Siapa?
Inilah nama bagi permata hati pasangan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 40, dan isteri, Datin Dr. Harlina Mohd Yunos,32. Cerita mengenai keupayaan Sang Puteri menyelam dan mengapungkan diri dalam air menjadi bualan rakyat Malaysia.

Cik Mazni akan berkongsi secara ringkas isi kandungan artikel ini mengenai manfaat aktiviti renang.

Para penyelidik dari luar negara telah membuat kajian bahawa bayi atau kanak-kanak yang didedahkan dengan latihan renang mempunyai potensi untuk:

1. Meningkatkan kecergasan
2. Meningkatkan daya tumpuan
3. Meningkatkan kebolehan daya fikir
4.Menguatkan otot-otot tulang
5. Menguatkan jantung

Aktiviti  renang juga sebenarnya memberikan satu rintangan semulajadi. Rintangan inilah yang akan merangsang otot dan membantu membina kekuatan tubuh si kecil.Berenang juga merupakan satu bentuk senaman kardiovascular di mana ia berupaya menguatkan jantung si kecil.



Manakala, kajian yang telah dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York menunjukkan kanak-kanak yang berenang setiap 30-60 minit, setiap hari;

  • dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • memberi lebih tenaga dan stamina
  • mengurankan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
  • memberi rehat dan tidur yang lena
  • melancarkan peredaran darah dan pernafasan

Di sini dapatlah dirumus bahawa aktiviti renang mampu meningkatkan pembangunan sosial, emosi dan juga fizikal si kecil. Berenang juga merupakan salah satu sukan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W dan dianjurkan kita melakukannya.
Walaubagaimanapun, sebelum anda mendedahkan aktiviti berenang ini kepada si kecil, pastikan ibu bapa mempelajari dulu teknik-teknik yang betul sebelum mengajar anak mereka berenang, ataupun dapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah.

Sebagai penutup, jom layan gambar Sofea semasa sesi hidroterapi:



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...