Aduhai 'ENTRY POST' untuk blog pun boleh "LUMP SUM" kah? Kepada para pembaca sekalian "TERM LUMP SUM" biasanya digunakan apabila seseorang QS (Quantity Surveyor), menghargakan item secara sekaligus, tak payah nak detail bagai...chewah...maka terkeluarlah ilmu QS ku yng dah berzaman ku tinggalkan...SOBS, SOBS, SOBS. Bak kata Jep (ahli kumpulan sepah), barang yang lepas jangan dikenang...jadi ku pun gunakanlah "TERM LUMP SUM" untuk menulis "POST" yang berkepuk-kepuk secara sekaligus.Jikalau korang mengikuti blog ku yang tak seberapa ni, mesti perasan yang ku dh lebih seminggu tak "update" blog ni.Banyak yang ku ingin ceritakan tentang aktiviti harian Sofea, cuma kadang2 tak tahu nak mula dari mana, tambahan pula kalau ada pengkhabaran sedih.
1) ZIARAH
1) ZIARAH
SABTU-23 JULAI 2012, kami sekeluara telah berkesempatan melawat salah seorang kenalan kami, Sis Rafidah dari Group SMSDA di Hospital Annur, Bangi.Sis Rafidah telah kehilangan bayi lelaki yang baru lahir. Salam Takziah buat Sis Rafidah sekeluarga.Kami berkesempatan juga bertemu rakan SMSDA (Sis Afidah & Sis Dilla sekeluarga & THH (Dr.Sazlina & Sis Azlina. Habis gamat satu bilik Sis Rafidah dengan suara bual dan gelak tawa kami. Sekurang-kurangny sekarang ku sudah ada sahabat untuk berkongsi rasa gembira dan sedih. Alhamdulillah...
2) THE "CUCI" SERIES
Seperti yang sedia maklum, Sofea anakku, telah pun menjalani pembedahan "Gastrostomy Tube", jadi, ku dan Cik Ijam pun sibuk dengan rutin cuci-mencuci, kawasan "gastrostomy" tu. Aduhai, kawasan tu dah mula merah dan ada "granulation", nampak dah tak cantik. Kami pun tukar taktik "dressing" dan Cik Mazni pun dah bertanyakan hal ni dengan beberapa orang rakan. Mungkin Cik Mazni akan cuba tip-tip dari mereka.
3) RING! RING! RING!
SELASA-26 JULAI 2012, jam 2:00 petang, Cik Mazni menerima satu panggilan dari seseorang yang tidak disangka-sangka.Apabila Cik Mazni lihat di skrin telefon, nama "Dr.Sham: Physiotherapist" yang tertera.Dalam hati, mesti Dr. Sham nak tanya Sofea dah "operate" ke belum?, sebab sebelum ini (pembedahan kali pertama yang ditangguhkan) pun Dr. Sham ada telefon pada sebelah malam. Dia begitu risau dengan Sofea, al maklumlah Sofea tu kecil molek sangat.
Bagaimanakah keadaan Sofea selepas pembedahan "gastrostomy tube"?
i. Sofea demam on/off dah hampir 4 minggu-Mungkin kena jangkitan. Oleh itu, kami mestilah sentiasa memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan yang kering dan bersih.
ii. "Granulation" dah mula tumbuh-"Granulation" biasanya akan mula kelihatan selepas 6 minggu pembedahan.Maksudnya luka pembedahan semakin sembuh. Berita baik tapi rupa "granulation" itu agak tak "cute".
iii. Bilakah masa yang sesuai untuk Sofea mula berfisioterapi?
-Sofea akan mulakan sesi berfisioterapi setelah dia berada dalam keadaan yang sihat, stabil dan luka pembedahan sembuh sepenuhnya.
***Kekadang ku terharu dengan seseorang yang prihatin dengan keadaan Sofea. Itulah Dr. Sham, ikhlas dalam membantu memulihkan Sofea.***

4) APPOINTMENT MATA @ KLINIK MATA
JUMAAT-29 JULAI 2012, jam 9:00 pagi, rentetan cerita mata Sofea, kali ini kami bertemu dengan doktor mata. Seperti yang dijangkakan keadaan penglihatan Sofea tidak dapat dipastikan. Oleh itu doktor bertugas menyarankan untuk melakukan ujian untuk memastikan yang Sofea memang mengalami "CORTICAL BLINDNESS", tetapi ujian tersebut hanya akan dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia dua (2) tahun ke atas. Buat pengetahuan pembaca umur Sofea baru dalam 1 tahun 10 bulan. Jadi sesuaikah? Pastinya tidak sesuai. Tetapi mengikut kata doktor itu kami boleh " request" untuk adakan ujian itu dengan lebih cepat.
Kami bertanya ujian itu untuk apa?
Pentingkah?
Adakah dengan ujian tersebut keadaan mata Sofea boleh bertambah baik?
Atau sekadar untuk "investigation"?
Doktor menjawab pertanyaan kami bahawa ujian tersebut adalah untuk memastikan Sofea memang mengalami "CORTICAL BLINDNESS".
Kami berpendapat bahawa ujian itu langsung tidak penting.Tambahan pula, sedatif diperlukan untuk menjalani ujian tersebut. Walhal, MRI pun sudah 3x ditangguhkan gara-gara keadaan Sofea tidak mengizinkan.
Inilah LUMP SUM ENTRY POST Cik Mazni...Disebabkan jam pun dah menunjukkan 2:13 am, dan esok ada temujanji dengan klinik neuro @ 8:30 am. Cik mazni kenalah masuk tidur kerana Cik Ijam sudah beri amaran jangan bangun lambat esok pagi..walaupun mata belum mengantuk lagi kenalah masuk tidur...zzzzzz..
slm dear...nk tya sofia mmg xleh sucking ker? penag x try stimulate cam pic kt smsd & try jingler? ank sya pun sejak mac lalu mglami mlsh sucking. smga nk 2 kita dpt teknik sucking semula ...amin
ReplyDelete