Di pagi Jumaat ni, Cik Ijam tak bawa lappy ke pejabat, sebab kena ke mahkamah.Bagus! Cik Mazni pun ambil peluang ni untuk meng'update' stori-mori hal kekeluargaan kami :-D
Hari: Sabtu
Tempat: Jakel, Ipoh
Pada hari Sabtu yang lepas, sementelah kami balik ke kampung, kami bertiga beranak ni ke Jakel, Ipoh. Baru terhegeh-hegeh nak beli kain ela nak buat baju. Nasib baik 'tailor' dah setuju nak terima. Lagipun azam kami tahun ini nak 'BERAYA' sempena Hari Raya kali-3 untuk Sofea, tak seperti tahun-tahun sebelumnya.Al-maklumlah...
Hari Raya kali-1: Sofea baru lahir, berada dalam keadaan KOMA di NICU, Hospital Serdang
Hari Raya kali-2:Kami tak ada beli baju raya pun sebab budjet dah bayar segala terapi bagai.
Lagipun Cik Ijam baru ditukarkan kerja ke HQ, kerja pindah-memindah dah makan
belanja.
Hari Raya kali-3:Iaitu Raya tahun ni kami berazam untuk menyambutnya bersama-sama sofea.
Cik Mazni kalau ke Jakel memang suka ke tingkat 2, sebab tak ramai orang.Lagipun bila ada pembiaya (Cik Ijam) yang boleh tolong biaya, mestilah nak beli kain 'xclusive'.KihKihKih.Sampai di tingkat 2, adalah pelayan pelanggan yang ramah-tamah lagi cute melayan kami. Ayat pertama pelayan pelanggan di tingkat 2 adalah:
***Dah lama akak tak datang sini***Nampak sangat Cik Mazni ni pelanggan setia Jakel, Tingkat 2***
***Ohh! Dah ada baby sekarang? Umur berapa?***Soalan cepumas, setiap kali kemana-mana***
***Dah umur 1 tahun 10 bulan***Tapi dia ni sakit, sebab lemas semasa lahir***Ni pun baru lepas operate***Disebabkan ada yang ternampak perut Sofea yang berbungkus tu, kami pun tanpa segan silu menunjukkan kepada mereka***Nah! Mesti korang tak pernah terfikirkan kalau bayi lemas semasa lahir boleh jadi macam ni (tapi Cik Mazni cuma berbisik dalam hati je lor)***
Cik Ijam pun mulalah memilih kain, Cik Mazni ingat Cik Ijam nak beli sepasang atau dua pasang, sekali nak beli sampai 3 pasang. Alasannya, tahun2 sebelum dia tak beraya dan tak beli baju raya pun.Biar betul! Kalau semeter beberapa hengget je tak pelah juga. Ni pilih pun kain LINEN. Tu pun setelah potongan harga pun boleh tahan harganya.
Itulah Cik Ijam kalau membeli. Cik Mazni ingat lagi insiden baju melayu untuk perkahwinan kami. Disebabkan Cik Ijam minat dengan jenis kain tu sanggup dia beli lain-lain jenis kain tapi warnanya sama walhal kami dah pun membeli kain di Gulatis.

Baju Melayu Nikah Cotton Silk* Pink* |
Baju Melayu Shantung *Pink* |
Tetiba teringat pula kenangan lama. Itulah Cik Ijam bila minat sesuatu, janji puas hati dia.Berbalik pada cerita shopping raya di Jakel tu, dalam hati Cik Mazni, aduhai! Ada ke lagi budget untuk Cik Mazni dan Baby Sofea lagi. Kami pun nak VOGUE jugak.
Rupa-rupanya Cik Ijam tak lupakan Sang Ratu a.k.a Mazni dan Bidadari Molek a.k.a Sofea Az-Zahra. Baby Sofea dapat dua pasang. Cik Mazni dapat sepasang, sebab cik mazni dah beli beberapa helai sebelum ni.
Sampai di kaunter bayaran, kami diminta untuk mengisi borang Peraduan Cabutan Bertuah Beli dan Menang. Kami layak menyertai peraduan ini untuk memenangi hadiah Motosikal Naza Flash. Inilah rupa motorsikal Naza Flash tu.
P/S: Para pembaca sekalian tolong doakan agar kami dapat memenangi motorsikal ini ye. Ameen.
No comments:
Post a Comment