Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga berkesempatan ke rumah Adik An-Nur. Perkenalan Cik Mazni dengan ibunya Sis. Raja Rohaisham menerusi laman sosial "Facebook" akhirnya dapat bersua pada hari ini.Sudah lama sebenarnya Cik Mazni ingin bertemu permata hati Sis Rohaisham & Bro Affandi, iaitu An-Nur. Setelah mengetahui kempen Hope2Walk untuk mengumpul dana sebanyak RM 500k untuk An-Nur dan kakaknya Annisa yang kini telah meninggal dunia (Al-Fatihah). Kempen Hope2Walk ini adalah untuk membantu anak-anak syurga ini mendapatkan rawatan di Hospital Erkang yang terletak di Beijing.Walaupun, ramai yang sinis dengan menyatakan anak-anak ini tiada harapan untuk sembuh, tetapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu.
Kami tiba agak lewat jam 5.++ pm. An-Nur baru bangun tidur.Pertama kali melihat wajah anak itu, sungguh bersih, putih dan cantik walaupun punya kelainan fizikal, tetapi An-Nur masih cantik. Kami disambut ramah oleh Sis Raja Rohaisham & Bro Affandi, bagai sudah kenal bertahun lamanya, kami berbual. Masing-masing berebut-rebut bercakap, aduhai! ceritanya banyak masanya singkat. Cik Mazni dan Cik Ijam dijamu dengan pengat durian. Aduhai! Sedap betul, dah lama tak makan pengat durian. Baby Sofea jadi "tukang tengok" jelah.An-Nur" tukang senyum"
Lepas makan kami berpeluang menonton video An-Nur di Hospital Erkang, Beijing. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu, An-Nur sudah boleh mengangkat kaki dan menggerakkannya. Sesiapa diluar sana yang sering menyatakan anak-anak ini sudah tiada harapan untuk sembuh atau kembali normal, diharap dapat menukar persepsi terhadap anak-anak ini. Sekiranya mereka tidak mampu untuk kembali normal sekurang-kurangnya mereka patut dibantu untuk meminimumkan keadaan mereka. Wallahualam...
Kuasa allah tiada sape tau
ReplyDelete