Siapa Pengirimnya???
A letter From ATE |
Baru-baru ini seorang rakan Cik Ijam iaitu seorang warganegara Filipina telah pulang ke ke tanah airnya untuk menguruskan hal imigresen. Setelah hampir 4 hari di sana, rakan Cik Ijam pulang ke Malaysia dengan membawa buah tangan untuk kami sekeluarga.
Sofea telah menerima bungkusan cantik berisi "3 helai sut Pyjamas yang super duper cute" berserta sepucuk surat dari Ate BayBay dan Ate Machel (dalam bahasa tagalog ate bermaksud "kakak"). Mereka selalu mendengar cerita Sofea melalui daddynya, walaupun mereka masih kanak-kanak tetapi begitu luhur untuk berkawan dengan Sofea dengan membeli cenderahati dan menulis surat tanda persahabatan.
Terima Kasih Ate BayBay dan Ate Machel, jika umur panjang pasti kita akan berjumpa...
No comments:
Post a Comment