Beginnings

Tuesday, 18 September 2012

DIARI DIET SOFEA


Pemakanan Lengkap Sangat Penting Untuk Tumbesaran 
Isu berat badan badan Sofea bukanlah perkara asing untuk diperbincangkan. Tapi kot mana pun isu ini adalah isu yang perlu dibimbangkan. 4 September 2012, semasa memenuhi temujanji untuk "review gastrostomy tube surgery". Ingatkan dah buat tiub di perut naiklah berat badannya kot2 naik sampai 2-3kg. Rupa-rupanya naik dalam 200-300g je. 


HAMPA!HAMPA!DAN HAMPA!Apabila jarum penimbang menunjukkan angka 6kg.Berat sebelum pembedahan adalah 5.75kg. Selepas 3 bulan baru naik beberapa gram sahaja.Jadi Cik Mazni pun dah nekad kena buat sesuatu, kalau nak tunggu "BABY BREZZA FOOD PROCESSOR" tu dibaiki harus tahun depan baru dapat balik.Cik Mazni nekad untuk menggunakan "BLENDER" sedia ada.Dalam hati mampukah blender ini mengisar dada ayam dan ikan dengan sehalus-halusnya untuk dimasukkan ke dalam tiub.Alhamdulillah! Mr.Blender telah memberikan 100% kerjasama.Jadi ketiadaan "BABY BREZZA" bukanlah suatu halangan kepada Cik Mazni untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk Sofea. 

CHEWAH!
HARAP1HARAP!Usaha Cik Mazni untuk meneikkan berat badan Sofea membuahkan hasil supaya Sofea mempunyai tenaga untuk bergerak lebih maju. Amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...