Beginnings

Wednesday 19 September 2012

SEATING AND POSITIONING: FEEDER SEAT

Super Cozy Feeder Seat @ Very Reasonable Price
Alhamdulillah! Apa yang diinginkan telah tercapai.

Soalan: Apakah gerangan barang itu?
Jawapan: Feeder Seat.
Soalan: Apa itu Feeder Seat?
Jawapan: Menurut e-Special Needs, setelah diterjemahkan oleh saya iaitu penterjemah tidak bertauliah berbunyi:

"Kerusi "Feeder" boleh digunakan untuk pelbagai jenisaktiviti jangka pendek samada di rumah, klinik atau sekolah. Ia adalah satu alternatif yang baik kepada kerusi roda atau "Stander" kanak-kanak."

Feeder seat ini telah lama Cik Mazni idamkan memandangkan sebelum ini Cik Mazni telah mencuba Bumboo Seat. Malangnya, waktu itu Sofea ada masalah "neck control", jadi pada hemat kami kerusi itu tidak sesuai maka di jual kepada seorang kawan.


Bumboo Seat
Kemudian dalam bulan April yang lepas seorang juru terapi cara kerja telah mencadangkan supaya Cik mazni DIY kerusi untuk Sofea menggunakan baldi.Waaaa! I'm not a handy person! Jadi Cik Mazni belikan Sofea car seat. Tapi sekarang disebabkan kerusi tu kurang empuk, Sofea tak mau duduk :C

Waaa! Takkan nak suruh mama belikan Feeder Seat Tumble Form yang berharga lebih daripada rm 2k (@ Maycare), Huish memang belum mampu. Terdapat juga upholsterer dari Miri yang buat Cozy Seat ala-ala Feeder Seat tetapi harganya untuk saiz paling kecil RM900, yang masih Cik Mazni rasa agak mahal.

Tetapi Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang, impian untuk mempunyai Feeder Seat tercapai apabila seorang rakan Facebook yang juga mempunyai anak CP membuat "feeder seat" dengan harga yang sangat berpatutan.Inilah rupa "feeder seat", walaupun kualitinya tidak sehebat "Tumble Foam" tetapi ia tetap mempunyai fungsi yang sama.




Sekarang ini Cik Mazni gunakan "Feeder Seat" ini untuk aktiviti "Flash Card", "Story Telling", "Sight Stimulation" dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lagi.

Thank You Very Much Mr.Benz!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...