Beginnings

Sunday 30 September 2012

SEMBANG-SEMBANG AKUPUNTUR



Chinese Traditional Medicine Philosophy

Sejak dua minggu kebelakangan ini saya mempunyai banyak kesempatan untuk berbual dengan doktor akupuntur Sofea. Setelah mengenalinya hampir dua bulan mebuatkan kami lebih rapat dan lebih mengenali cara dan hati budi masing-masing.

Kami berbincang tentang keadaan Sofea yang "pasang surut", kadangkala keadaan dirinya mengalami perubahan yang sangat bagus dan drastik seperti Sofea sudah boleh mengelipkan mata, senyum dan ketawa. Tetapi tiba-tiba "kebolehan" sofea hilang dan malahan makin teruk terutamanya kaki kanannya semakin membengkok ke bahagian dalam, demam berpanjangan, muntah, batuk, berkahak  dan perutnya "leaking".Aduhai! Kebimbangan mula singgah di hati dan tidak mampu disimpan lagi, jadi saya luahkan kepada doktor akupuntur tersebut mengenai kebimbangan saya terutamanya kaki kanan sofea dan tangan kiri Sofea.

Menurut doktor tersebut, itu adalah fasa pemulihan untuk Sofea dan tidak perlu dibimbangkan.Apabila badan Sofea dalam keadaan baik kaki kanan dan tangan kiri Sofea akan mula berfungsi.Setelah menjalani rawatan akupuntur sebanyak 35 sesi, perubahan paling ketara adalah:

1. "muscle" Sofea sudah semakin lembut di seluruh bahagian tubuh
2. Sofea sudah boleh ditinggalkan untuk berain sendiri
3. Masalah kaki bersilang sangat jarang terjadi
4.Sofea kerap tersenyum dan ketawa
5.Sofea lebih ramah

Selain itu, menurut doktor tersebut rawatan akupuntur adalah rawatan tubuh secara menyeluruh kerana perkara paling penting dalam kesihatan tubuh seseorang manusia adalah bergantung kepada empat perkara iaitu:

1. Pemakanan
2. Kualiti Tidur
3. Pembuangan Air Besar
4. Pembuangan Air Kecil

Buat masa ini saya menumpukan perhatian pada pemakanan Sofea kerana dari segi perkara (2), (3) dan (4) alhamdulillah Sofea tiada masalah.Apabila keadaan tubuh Sofea sudah berada dalam keadaan yang sihat dan stabil dengan menggunakan rawatan akupuntur, kaedah rawatan Moxibustion pula akan dilakukan bagi memastikan keadaan tubuh Sofea sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...