Beginnings

Thursday 8 November 2012

KEKUATAN SAYA

Monolog

Aidiladha tahun ini merupakan Aidiladha tahun kedua kami dengan Sofea. Sekejap je masa berlalu, rupa-rupanya sudah dua (2) tahun kami membesarkan Sofea. Cik Mazni berharap masa akan terus cepat berlalu supaya segalanya Cik Mazni dapat harungi dengan sekelip mata.


Alhamdulillah, Cik Mazni + Cik Ijam masih bernyawa, masih diberi nafas, masih boleh tersenyum, masih boleh ketawa, masih boleh berkata- kata, masih boleh berjalan, masih boleh mendengar, masih bersama Sofea, masih diberi rezeki untuk membiayai perubatan Sofea, masih punya ibu bapa, masih ada kawan-kawan yang setia...


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Banyak nikmat yang dikurniakan Allah untuk kami sekeluarga, namun sebagai manusia kita sering melihat kekurangan yang ada pada kita sehingga tidak mensyukuri nikmat-nikmat lain yang kita kecapi.Apalah sangat dugaan dan ujian jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan.


ASTAGFIRULLAH!AMPUNKAN SAYA TUHAN KERANA SELALU MENGELUH DAN MELATAH DI KALA MEMIKIRKAN MASA DEPAN SOFEA.


SELALU SAHAJAHAMPIR MENGALAH DI SAAT PERKEMBANGAN SOFEA TIDAK BEGITU MEMBERANGSANGKAN


SELALU SAHAJA RASA LEMAH DI MASA INSAN LAIN BERTANYAKAN PERIHAL SOFEA


SELALU SAHAJA MELENTING DI MASA MELAYAN KERENAH SOFEA, TANGISANNYA, 


MENGGAMBARKAN PENDERITAANNYA, ANDAI BOLEH DILENYAPKAN PENDERITAANNYA. PASTI SAYA LAKUKAN.


Nikmat Allah beri kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan sehingga kini...

Kadangkala diri ini rasa mahu rebah dan lari jauh dari dunia untuk Cik Mazni lupakan kesedihan yang menebal memikirkan diri Sofea...

Cik Mazni sedang berusaha meletakkan Allah sebagai penyuluh hidup saya yang Paling Utama...

Segalanya saya harus bergantung pada Nya...

Biarlah Si Bijak Pandai membuat pelbagai andaian untuk Sofea...

Tiap kali saya rasa tidak mampu menguruskan Sofea...Saya senantiasa beringat bahawa...

"Dengan izin Nya, apa pun akan terlaksana...

Tawakkal lah pada Dia...Berserahlah pada Dia...

Kami berusaha memperelokkan keadaan Sofea...

InsyaAllah...pasti tidak akan kecewa...

Kerna saya yakin janji Allah itu pasti...


Tiap kali memikirkan keadaan Sofea apabila kami tiada nanti...

Apa akan jadi pada Sofea?Siapa yang akan jaga Sofea?

Dalam hati saya...

"Allah akan jaga dan pelihara Sofea"

"Allah akan jaga dan pelihara Sofea"

"Allah akan jaga dan pelihara Sofea"

Sungguh saya bukan orang yang kuat,

 saya amat lemah, sensitif dan penakut...

Orang kata Hawa perlukan Adam ...

Hawa itu lemah...saya seorang Hawa...saya memang lemah

Acapkali saya gagal mengawal perasaan apabila hal yang berkaitan dengan Sofea

Tetapi saya amat bertuah punya Adam yang banyak membantu saya...

Tetapi Adam saya bukanlah Si Badang yang Kebal...

Adam saya juga adakalanya dihimpit keletihan dan ketegangan...

Walaupun saya ialah Si Hawa yang lemah...

Saya juga ialah Si Hawa sanggup membantu dan berkorban...


Akal saya selalu kata saya adalah si Hawa yang lemah...

saya tidak mampu untuk sampai hingga ke akhir garisan...

Tetapi akal itu silap!

Kerana kami saling melengkapi antara satu sama lain

semuanya demi Sofea Az-Zahra...

Hati saya kata 

"Allah akan jaga kita"

Kita lemah kita mohon pertolongan daripada Nya...

Rasa sedih dan pedih, 

kita mengadu pada Nya...

Rasa tidak selamat, berserah pada Nya

Ya! Itulah kekuatan saya!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...