Beginnings

Thursday 11 October 2012

SABARLAH WAHAI HATI !





Perasaan aku selama Sofea hidup dua (2) ini, sokongan ku rasa aku dan suami sahaja yang menyokong sesama sendiri. Nak harap orang lain menyokong kadar kebarangkalian adalah amat rendah sendangkan sokongan keluarga pun mungkin dalam kadar tak sampai 20 % pun. Apa yang ku alami selama dua (2) tahun kehadiran Sofea

1. Hanya Sekadar Bertanya 

Orang sekeliling malahan samada dekat atau jauh, jiran tetangga dan orang sekeliling sekadar bertanya, contohnya,

"Sofea dah boleh buat apa sekarang?"
"Apa perkembangannya?"

Pernah suatu ketika seseorang Si A(ahli keluarga) bertanya tentang keadaan Sofea, ku baru nak bercerita, datang seorang ahli keluarga yang lain Si B, terus TUKAR TAJUK, bercerita hal rumah masing-masing, Daripada situ ku sebagai GRADUAN yang berkerjaya sebagai SURIRUMAH, boleh membuat analisis, BUKAN IKHLAS PUN NAK BERTANYA PERIHAL SOFEA.

Sejak itu ku ambil pendekatan kalau ada yang "BERMINAT SANGAT KONONNYA MENGAMBIL BERAT PERKEMBANGAN SOFEA", dengan melontarkan pertanyaan "Sofea sekarang macam mana?"ku akan jawab "macam mana yang ditengok macam tulah Sofea".

2. Hanya Sekadar Melihat Menyentuh Jauh Sekali, Jikalau Memanggil Kiranya Bernasib Baik.

Boleh dikira dengan jari berapa kali keluarga dekat atau jauh menyentuh/memegang/ mendukung Sofea. Pernah ku tinggalkan Sofea sekejap pergi sembahyang atau ke tandas, minta tolong tengokkan Sofea. Bila ku datang semula MENGGELUPUR lah budak tu penuh hingus di hidung dan di mulut tercungap-cungap, dengan kaki bersilang. HARAM nak diangkat Sofea, dibiarkan atas ALASAN, "OOO...KAMI TAK RETI JAGA DIA".

TAPI tidak seorang pun bertanya
1. "BAGAIMANA NAK MENJAGA SOFEA?",
2."BAGAIMANA NAK BERMAIN DENGAN SOFEA?"

Opps! Ku pulak yang tak sedar diri Sofea, mata pun tak nampak, telinga pun tak mendengar, nak main apanya?Tapi seingatku OTAK Sofea masih berfungsi.

OOOO...main dengan Sofea???Tak menghiburkan "NO RESPON",kalau ku nak harapkan INPUT STIMULATION dari orang lain memang MIMPI lah ku seumur hidup ini.

Kalau dengan anak saudara tipikal yang lainbukan main MESRA, tapi sekarang ni ku pun DAH KERING HATI.Jikalau ku bersikap DINGIN, jangan tanya KENAPA???

3.Patutlah Ramai yang Punya Anak Istimewa BERCERAI

TIADA SOKONGAN DAN TIADA BANTUAN dari ahli keluarga terutamanya, dengan orang lain yang tiada tali persaudaraan janganlah diharap.

Tambahan pula keluarga yang tiada pembantu rumah, masa untuk diri sendiri pun tiada.Ahli keluarga yang tinggal berdekatan pun tak pernah memperlawa "KAMI JAGA SOFEA, Mazni dengan Zam nak keluar sekejap pi minum atau keluar jalan2 sekejap". Memang TAK PERNAH.

4.Bila Kenduri Nak Juga Paksa Kami Berkampung

Bila waktu kenduri memang ku amat tertekan. Bila ada yang suka tak faham bahasa, atau buat-buat tak faham nak suruh kami sekeluarga berkampung di rumah kenduri juga.Dengan suasana bising TV, budak2 bertempiaran berlari sana-sini, kalau Sofea kena Sawan atau demam, adakah "MEREKA" yang nak tunggu dihospital, jangan kan nak "TUNGGU/JAGA", nak "MELAWAT" pun belum tentu lagi.

Kepada PARENT LAIN YANG MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA yang mendapat SOKONGAN YANG DIPERLUKAN, ANDA MEMANG AMAT BERTUAH.!

4 comments:

  1. ada juga tu...main2 dgn angel, sekali terkena air liur angel di tangannya...terus menunjukkan reaksi geli dan menjauhkan diri.....sabarlah duhai hati

    ReplyDelete
  2. sabar la puan...sy setuju sbb saya pun mengalami situasi yg sama mcm puan

    ReplyDelete
  3. Allahhu Akbar...kami telah melaluinya mazni...ya, kami juga kini telah menjadi manusia yang 'kering hati' dengan reaksi dan kata-kata mereka itu...Sabarlah...perjalanan kalian dan kita masih jauh. Masih banyak yang kita perlu hadapi...anak-anak kita hanya ada kita. Serahkan segalanya pada Allah swt...

    ReplyDelete
  4. Allahhu Akbar...kami telah melaluinya dan masih menghadapi keadaan-keadaan ini...menjadikan kami juga manusia 'berhati kering'...anak-anak kita hanya ada kita. Bersabarlah dan serahkan segalanya kepada Allah swt...perjalanan kalian dan kita semua masih jauh lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...