Beginnings

Tuesday 9 October 2012

MANJA

Tajuk "MANJA" kali ini Cik Mazni ingin menceritakan tentang MANJAKAN DIRI di MANJAKAKI. Malam tadi selepas sesi akupuntur Sofea, Cik Mazni teringin nak berjalan-jalan, dah lebih 10 hari tidak keluar rumah, almaklumlah pencari rezeki iaitu Cik Ijam kerja 7hari seminggu.Sofea pun sekarang kuat meragam, malam-pukul 4:00am kalau dia tidur tu pun dah kira syukurlah.

Al-kisahnya, Cik Mazni ingin membeli barang-barang basah untuk makanan Sofea, sekarang Sofea dah mula makan (melalui tiub) bubur, kenalah beli ayam, ikan dll.Kami sekeluarga ke Tesco Ampang, setelah memesan makanan di JM Beriani, Cik Ijam makan dengan Sofea sambil tengok berita, Cik Mazni pi "shopping" barang Sofea, dah selesai, ternampaklah MANJAKAKI FOOT REFLEXOLOGI, teringat yang Cik Ijam dah lama teringin nak urut kaki, sebab sakit kaki. Tambahan pula harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu rm 20/30 min.Cik Mazni pun bergegas ke JM Beriani, rupanya makanan dah lama sampai, Cik Ijam pun dah habis makan.



Cik Mazni pun berkata,"abang, kalau nak urut kaki pilah ke MANJAKAKI tu, Mazni makan dengan Sofea kat sini, nanti dah siap makan kami pi sana".Cik Ijam membalas," OOO, tak per ke?, Tak payahlah.Dalam hati Cik Mazni, mengada-ngada, orang dah kasi Green Light, tak mau pi pulak.Akhirnya Cik Ijam bersetuju.Cik Mazni dan Cik Pea, dua beranak pun makanlah sambil tengok TV.

Dah habis makan Cik Mazni dan Cik Pea pun berjalan menuju ke MANJAKAKI, tiba di depan pintu, Cik Ijam melambai menyuruh kami berdua masuk, Cik Mazni malas nak masuk bawa Sofea, sebab Sofea meragam, nanti menangis mengganggu orang lain. Cik Ijam beria-ria suruh masuk siap call dan hantar sms, suruh Cik Mazni pun masuk urut kaki.reflexology.Maka kami berdua pun masuk, Cik Mazni urut kami 30 min, Cik Ijam urut kaki 1jam, tadi dia yang malu-malu, sekarang Cik Ijam pulak yang melebih-lebih siap 1 jam lagi.Di MANJAKAKI, terdapat pelbagai pakej dan harga yang ditawarkan amat berpatutan, dan proosi terkini ialah 10 sesi percuma 1 sesi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...