Beginnings

Monday 26 November 2012

RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM

Khasiat Susu Kambing

Ini cerita mengenai hal SUSU lagi. Entry kali ini nak cerita sekarang Sofea sudah mula berjinak- jinak minum susu kambing yang segar dari ladang. Kenapa memilih susu kambing yang segar dari ladang? Bukankah banyak jenama susu yang sudah tersohor dan mengandungi DHA, bla...bla...bla...

Cik Mazni selalu juga terfikir, kita biasanya lebih suka terpengaruh dengan iklan - iklan di televisyen, tentang sesuatu jenama susu.Model yang melakonkan watak dalam iklan itu pun belum tentu memberikan susu tersebut kepada anak mereka.

Kenapa sibuk- sibuk nak cari susu sesuai? Susu yang terbaik adalah susu ibu. Kepada yang bernasib baik yang boleh menyusui anak anda sila bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Tetapi jangan pula itu yang menyebabkan anda bangga, kononnya anda lebih hebat dari ibu yang lain. Setiap orang ada masalah masing- masing dan setiap anak itu berbeza keupayaannya. Sofea langsung tidak berupaya untuk menghisap apatah lagi untuk menelan.Persoalan pam susu dan sebagainya tidak harus diperdebatkan lagi, jika anda berjaya tinggal di hospital selama lebih 2 bulan tanpa ' direct stimulation' dan berjaya menghasilkan stok susu. Sila hubungi saya ,saya ingin BERGURU.Sekarang tutup kes perihal susu ibu :-) ( peace no war).





Sekarang buka kes, cerita susu kambing. Baru-baru ini seorang kenalan telah mengesyorkan supaya Sofea mengambil susu kambing. Menurut beliau, pakar pemakanan anaknya (Cerebral Palsy), mengesyorkan susu kambing segar kerana susu kambing adalah susu yang paling hampir dengan susu ibu. Disebabkan oleh kesukaran mendapatkan susu kambing tulen yang segar, kenalan saya telah membela kambing. Keistimewaan susu kambing beliau adalah, kambing -kambing yang diternak diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan  "classical music".

Alhamdulillah, setakat ini Sofea dapat menerima susu kambing dengan baik, Cik Mazni sendiri turut merasa, susu kambing keluaran GMilk, hampir tiada bau hamis dan ber"cream"

Antara Khasiat Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta anti barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.


Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).
 


Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:

  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon
.


Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.


Terdapat pelbagai vitamin dalam susu kambing seperti vitamin A, vitamin D,Riboflavin, Choline, Inositol, Vitamin B1


4 comments:

  1. salam... mane nak dapatkan susu kambing tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan
      maaf lambat respon
      alamat tempat untuk dapatkan susu kambing tersebut adalah:
      Perniagaan Kambing Nilai,
      Lot 4207, Kg. Sg. Mahang,
      Nilai 71800, Negeri Sembilan

      Delete
  2. Salam diq blh bg direction x nk ke tmpt tu kalau exit dr tol nilai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan/ Puan: Boleh hubungi Pn. Fadzidah 012 3646 319, untuk direction ke ladang beliau,
      kalau pembelian 24 botol ke atas ada perkhidmatan delivery (sekitar Klang Valley)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...