Beginnings

Sunday 16 December 2012

Bingkisan Program Super Angels


Sudah lama saya tidak menekan papan kekunci untuk menulis kerna saya begitu sibuk dengan 

1. sesi terapi akupuntur Cik Pia yang mengambil masa 6 hari seminggu.

2. program Perjumpaan Tahunan Kumpulan Sokongan Anak Istimewa 2012 yang dikenali sebagai "Super Angels". 

Balik rumah pun saya sudah capek...

Merencana "Program Perjumpaan Tahunan Super Angels 2012" yang bertempat di Intema Resort & Convention Centre, Shah Alam (15-16 Disember 2012) untuk menjadi realiti pada kali ini agak mencabar bagi diri saya, kerana hampir 30 keluarga menyertai ini. Seramai hampir 120 orang peserta. Huh! Berkeringat gue buat biodata Angels (anak istimewa), al-maklumlah kumpulan sokongan Super Angels ini merupakan kumpulan dari laman sosial Facebook. Seperti yang sedia maklum, dalam Facebook ini ramai yang guna nama "GLAMOUR" dan ramai di antara ahli yang saya tidak pernah berjumpa secara realiti, hanya berkomunikasi di alam maya. Tetapi Alhamdulillah, kesemua biodata Angels itu saya berjaya siapkan setelah dengan gigihnya saya tidur jam 5:00 am selama 3 hari berturut-turut.Kesian Cik Pia tak lena tido kerna dek kekurangan kasih sayang.

Saya sungguh teruja dengan perjumpaan tahun ini kerana ramai muka-muka baru dari Utara dan Selatan.Hanya empat (4) famili yang menyertai perjumpaan tahunan 2011, menyertai perjumpaan tahunan 2012. Walaupun saya tiba lewat dek kerana meredah kesesakan lalu lintas + sesat sehingga hampir menghala ke KLIA. Saya berjaya tiba, sayalah AJK paling LEWAT (huhuhu).Dan yang paling BEST van MILO warna HIJO dah menanti. Terima Kasih Nestle, atas tajaan dan keprihatinan anda kepada anak istimewa.


Anak-anak memang insan paling gembira, siap tunggu tepi van, bergelas-gelas diminumnya. Apa perasaan saya? Rasa gembira melihat mereka gembira.

Ilmu

Banyak input baru yang saya dapati daripada program ini. Antara yang menarik perhatian saya adalah seminar yang disampaikan oleh En. Hasan Suyut, penulis buku "Kembara Atiq Wazif: satu Anugerah"  Ilmu amat penting dalam membesarkan anak istimewa kerana terdapat pelbagai jenis rawatan dan terapi yang ada. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup bagi memutuskan rawatan atau terapi yang bersesuaian buat anak-anak anda. Apa jua yang anda lakukan, akhirnya andalah yang akan menjaga anak istimewa anda. Tiada satu jenis rawatan atau terapi yang lebih baik dari yang lain kerna setiap anak itu berbeza keperluannya. Perkara yang paling penting adalah anda sebagai ibubapa perlu meluangkan masa untuk melakukan terapi ke atas anak anda, kerana komunikasi dengan anak istimewa adalah amat penting walaupun mereka tidak dapat meluahkannya. sebaik-baik terapis adalah ANDA !

"Ceewah! Naik tak Motivasi Korang Wahai Super Parent?" Hihihi


Tiupan Semangat

Secara ringkasnya banyak input baru yang saya pelajari dan yang paling penting saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekasut. Saya juga mendapat semangat baru sempena menyambut tahun baru iaitu tahun 2013. Motivasi dan semangat yang tinggi dan konsisten adalah amat penting dalam membesarkan anak istimewa. 

Tiada yang Mustahil

Saya begitu tersentuh dengan sesi luahan rasa. Di mana jemputan pada malam itu ialah seorang pemuda Cerebral Palsy yang ditinggalkan di rumah kebajikan oleh kedua orang tuanya, dia sendiri tidak mengenali orang tuanya. Beliau hanya menerima pendidikan pada usia beliau mencecah 15 tahun di sebuah sekolah swasta. sedangkan beliau tidak pernah menerima pendidikan formal di sekolah kerana beliau hanya menghadiri sesi terapi.Oleh yang demikian, beliau hanya tahu 3M (Membaca, Mengira dan Menulis).Akhirnya beliau menjadi Sound Engineer dan boleh hidup berdikari dengan pergi ke tempat kerja dengan menaiki LRT setiap hari.Pesan beliau, janganlah kami ibu bapa kepada anak istimewa terlalu bersusah hati dengan masa depan anak-anak istimewa kami. Sesungguhnya, anak-anak istimewa kami tentulah nasib mereka lebih baik daripadanya, kerana anak-anak istimewa kami masih punya ibu bapa yang mengambil berat tentang mereka.Dan saya selalu yakin orang yang berusaha pasti ada ganjarannya kerana Allah telah berjanji setiap kebaikan akan ada ganjaran pahala.

Walau bagaimanapun,  saya agak kesal dan terkilan kerana jumlah yang ramai dan masa yang singkat, saya tidak dapat bertegur sapa dengan semua rakan-rakan, hanya sempat berbalas senyuman. Rasa terlalu singkat masa.Harapan saya agar dapat bertemu lagi rakan-rakan sekasut. Saya dengan rasminya mengumumkan tagline Super Angels "Super Angels ! Super Angels ! Super Angels BEST". Saya akhiri coretan hari ini dengan gambar-gambar di sekitar program ini


Wajah Ceria Saya As Super Mum
P/S: Tahniah kepada semua AJK kerana menjayakan program ini

Photo: Super Angels Annual Gathering 2012
Wajah-Wajah Ceria Super Mums + Super Dads + Super Angels
Photo: Wit si comel sofea
Bersama Pengasas :Super Angels BEST
Cover Photo
Jutaan Terima Kasih The Helping Hands
Dicoret Oleh : Mazni Bt. Ir. Hj. Sahabudin (Mama Sofea)




1 comment:

  1. tahniah atas kerja gigih yg dilakukan...moga pada masa akan datang akak berpeluang ikut serta.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...