Beginnings

Saturday 5 January 2013

AKU & PERSPEKTIF 1980an

Ayob...

Sedang aku duduk menunggu Cik Ijam di hadapan Parkson, Alamanda, Putrajaya bersama Sofea, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berlari dengan riangnya keluar dari Parkson. Dibelakangnya seorang kanak-kanak perempuan lain mengejarnya.Lariannya agak janggal dilihat, tetapi dia masih bersungguh-sungguh berlari ke arahku.Rupa-rupanya, dia menerpa datuknya yang duduk bersebelahanku. Mengekek dia ketawa kononnya, dia lebih dahulu tiba daripada saudaranya. Pada mata kasarku,  kanak-kanak itu punya mata yang bujur, batang hidung leper, lidah terjulur dan berleher pendek. Jika dahulu mungkin aku kaget melihat kanak-kanak sepertinya. Aku teringat pada seorang jiranku, Ayob.

Ayob adalah anak di kawasan kejirananku. Semasa aku mengenali Ayob aku berusia kurang daripada 7 tahun. Setiap petang setiap kali keluar rumah ibuku pasti berpesan jangan bermain dengan Ayob, kerana bimbang Ayob akan melakukan sesuatu yang diluar duga. Kononnya Ayob kurang waras.

Setiap petang juga, Ayob memerhatikan aku dan rakan-rakanku bermain dan kadangkala dia akan cuba mendekati kami untuk bermain bersama. Kami akan lari jauh-jauh. Menyedari hal itu, ayah atau ibu ayob akan memanggil Ayob masuk ke rumah.

Kini, apabila aku sudah dewasa barulah aku dapat tahu bahawa Ayob adalah seorang Sindrom Down.  Pernah diceritakan oleh Dato' Dr. Norlaili bahawa salah seorang kanak-kanak Sindrom Down kenalannya, berjaya belajar dan lulus dengan jayanya dalam bidang perundangan. Jangan pandang rendah pada keupayaan mereka, mereka juga mampu menjadi insan hebat.

2 comments:

  1. Orang dulu bolehlah kita kata tak berpelajaran, kurang maklumat... Orang sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sekarang lebih kepada sikap penting diri dan kurang prihatin

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...