Beginnings

Tuesday, 8 January 2013

AKU & PERSPEKTIF 1990-an

Emilia...


Sejak akhir-akhir ni isu persekolahan banyak diperbincangkan di laman sosial facebook, almaklumlah musim masuk sekolah. Rakan-rakan yang punya anak darjah satu (1), masih dengan kebimbangan mereka. Walaupun punya anak tipikal, pun para ibubapa masih bimbang. Bagaimana pula perasaan ibu bapa yang punya anak kelainan upaya?. Walaupun Phia belum bersekolah lagi, saya pun pasti rasai kebimbangan tersebut, itupun jikalau Sofea berpeluang ke sekolah. Melihat komen-komen rakan-rakan sekasut (yang punya anak kelainan upaya), saya dapat rasakan mereka tahap kebimbangan mereka lebih berganda daripada ibu bapa yang punya anak tipikal. Tambahan pula, si anak punya masalah pergerakan. Bak kata iklan Appeton "Siapa Yang Tak Sayang Anak?".

Aku pun punya kenangan persekolahan menarik semasa sekolah rendah.Aku masih ingat lagi seorang rakanku bernama Emilia. Orangnya putih, bergigi jarang, bermata juling, jalan berdengkot-dengkot dan dia seorang yang gagap. Emilia selalu dijadikan bahan usikan murid lelaki. Aku pernah sekelas dengannya, cikgu selalu menegur tulisannya yang cakar ayam. Dia hanya tersengih-sengih apabila ditegur oleh cikgu. Setiap kali waktu rehat, murid akan berpusu-pusu membeli makanan. Istilah "sila beratur" memang tidak diendahkan, pernah sekali ku lihat Emilia, laksa yang dibeli Emilia tumpah dibajunya...dek kerana rempuhan murid yang bagaikan orang kebulur lepas perang.

Apabila aku masuk darjah empat (4), lima (5) dan enam (6), aku sudah tidak sekelas dengan Emilia lagi. Emilia berada di kelas keenam (6), iaitu kelas akhir, kerana keputusan ujian penilaiannya amat tidak memuaskan. Apa yang bermain di fikiranku pada waktu itu? Pada waktu itu, aku hanya merasakan Emilia adalah seseorang yang lain daripada yang lain. Mengapa dia tidak berada di kelas yang baik? Pada firasatku, mungkin dia tidak begitu bijak semasa menjawab ujian penilaian. 

Kini, aku percaya Emilia adalah seorang murid yang mengalami masalah pembelajaran dan juga mengalami kecederaan otak. Zaman 90-an, di sekolah rendahku tiada program pendidikan khas, yang ada adalah kelas pemulihan untuk murid-murid yang agak ketinggalan dalam pelajaran. Apa perkembangan Emilia setelah hampir 17 tahun tidak berjumpa? Adakah dia sudah berkahwin? Aku benar-benar ingin tahu perkembangannya. 

Penulisan ini adalah kesinambungan daripada penulisanku yang lepas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...