Tahun 2013 adalah lembaran baru buat kami sekeluarga. Azam Cik Mazni & Cik Ijam adalah melakukan yang TERBAIK untuk pemulihan Cik Phia.Umur Cik Phia pun makin meningkat, menjelang September tahun ini, Cik Phia berumur 3 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu, kelahiran Cik Phia masih segar di ingatan Cik Mazni. Sudah banyak yang kami lalui bersama, semoga terus diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang.
Alhamdulillah...sepanjang bersama dengan Cik Phia, rezeki semakin murah, mungkin Allah permudahkan jalan kami untuk memberi khidmat terbaik buat ahli syurga. Sofea telah menjalani rawatan akupuntur sebanyak 3 sesi (setiap satu sesi 25 kali). Doktor akupuntur tersebut telah pulang semula ke kampung halamannya.
Takkan Cik Phia nak berehat lelama daripada terapi ye dak? Pada 6 Januari 2013, yang lepas Cik Mazni & Cik Ijam telah membawa Cik Phia ke Amir's Gym, Damansara Heights untuk sesi terapi. Sis Fezia ingin mencuba terapi akuatik buat Sofea, tetapi Cik Mazni & Cik Ijam kurang yakin kerana Cik Phia ber"Y-gastrostomy tube". Bermacam-macam perkara bermain di fikiran, air berklorinlah, kawasan tube terdedahlah dan lain-lain.Haish! Itulah namanya ibu bapa, selalu bimbangkan anak, sapa tak sayang anak ye dak? Cik Mazni bercadang nak buat lain-lain terapi, apabila sampai di rumah Sis. Fezia, beliau sudah siap berbaju renang. Cik Mazni baju renang dan lampin berenang Cik Phia pun tak bawa. Hasilnya...Tadaaaa!

Sofea with her opsite to cover her G-Tube |
Cik Phia akhirnya berakuatik terapi tanpa baju.Swim Diaper telah ditaja oleh Sis. Fezia.Sebelum berterapi kawasan G-Tube Sofea ditutup dengan Opsite, supaya tidak terkena air.Walau bagaimanapun, akhirnya opsite tersebut tertanggal jua kerana G-tube Cik Phia besar amat.
Sepanjang sesi terapi akuatik, Cik Phia berada dalam keadaan tenang. Langsung tidak menangis, baguslah berterapi tanpa tekanan. Lagipun Sofea suka sangat dengan Sis. Fezia tu. Sebab Sis Fezia tu pandai ambil hati dia. Mama Phia garang tak best :-P.
Sis. Fezia mengajar dan menerangkan beberapa teknik akuatik kepada Cik Mazni & Cik Ijam. Penerangan Sis. Fezia lengkap dengan sebab musabab.

Hasilnya...memang pada pendapat Cik Mazni & Cik Ijam, memang amat memberangsangkan. Otot spastik Cik Phia hampir tiada jika dibandingkan dengan sebelum Cik Phia berterapi. Tangan kiri Cik Phia yang amat jarang untuk berada dalam posisi melurus, telah berada dalam keadaan lurus. Seluruh tubuh Cik Phia berada dalam keadaan benar-benar relax. Sehingga ke hari ini iaitu setelah 3 hari, otot Cik Phia masih berada dalam keadaan relax berbanding sebelum berterapi akuatik. Suhu air kolam yang suam itu telah menenangkan otot-otot Cik Phia.
Cik Mazni & Cik Ijam mengambil keputusan untuk Cik Phia menjalani terapi akuatik sebanyak 3x seminggu. Semoga semuanya dipermudahkan dan diperluaskan rezeki untuk memulihkan Cik Phia. Ameen....

No comments:
Post a Comment