"Dunia Ini Hanyalah Sementara, Yang Kekal Abadi Adalah Akhirat"
Ayat itulah yang selalu diulang-ulang oleh Cik Ijam setiap kali orang bertanya perihal Cik Phia. Ayat itu cukup bermakna buat Cik Mazni dan Cik Ijam. Kita manusia, kadangkala kita kuat, kadangkala kita lemah, kadangkala kita ingat, kadangkala kita lupa.
Kerana itulah hidup kita perlukan teman, teman Cik Mazni tentulah Cik Ijam. Kami saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Saling memberi semangat dan dorongan. Kami masih belajar, masih membentuk diri. Kami perlukan sokongan kuat untuk berpaut, kata-kata semangat menjadi pendorong. Kami perlukan sahabat, sahabat yang ikhlas memahami yang bagai dahan yang kuat, untuk kami terus berpaut. Cik mazni sentiasa bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat sekasut, walaupun pada mulanya perkenalan bermula di laman muka buku, tetapi benar-benar memberi kesan dalam hidup Cik Mazni dan Cik Ijam. Sekurang-kurangnya kami tahu kami tidak bersendirian.
Adik lelaki dan perempuan Cik Mazni pula acapkali mengulang ayat ini;
"Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]
[2:286]
Ayat tersebut adalah janji Allah, bahawa sebagai orang Islam, kita akan diuji bersesuaian dengan kemampuan kita. Tidak kira samada dalam bentuk senang ataupun sukar. Dalam konteks kami, kami diuji dengan kehadiran Cik Phia, yang mengalami Cerebral Palsy, yang mengakibatkan kecacatan otak yang kekal. Tetapi itu tidak bermakna insan lain yang punya anak sihat sempurna itu bukan ujian. Ujian ini untuk membentuk diriku jadi lebih sabra , kuat dan tabah. Mungkin juga Allah ingin Cik Mazni dan Cik Ijam buat pahala. Bak kata Prof. Dr. Muhaya;
"Anak istimewa itu ladang pahala"
Cik Mazni masih dalam proses menghadam apa yang berlaku ke atas Cik Phia. Pernah Cik Mazni bertanya pada rakan-rakan "apa yang menunjukkan kita benar-benar redha dengan takdir" . Jawab mereka, "orang yang benar-benar menerima takdir adalah orang yang tidak mengeluh".Nampaknya Cik Mazni masih dalam proses menerima takdir. Secara jujurnya, Cik Mazni adakalanya mengeluh juga, melayan kerenah manusia terhadap Cik Phia dan kerenah Cik Phia yang amat manja dan suka menangis dek kerna merajuk. Sememangnya menguji kesabaran.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik
untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah
maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]
Wallahualam
No comments:
Post a Comment