Beginnings

Wednesday 16 January 2013

RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM: MADU SIRI 1


Hari ini Cik Mazni ingin berkongsi khasiat dan kebaikan madu lebah atau dipanggil 'honey' dalam Bahasa Inggeris. Semuanyakernaa terkesan dengan rancangan " Radical Hollywood Remedies" di saluran rancangan 712 (E). Antara yang menarik ialah rawatan madu dapat membantu menyembuhkan kulit yang luka. Diceritakan dalam rancangan tersebut, seorang wanita yang mengalami kemalangan sehingga isi tangannya hilang hingga hamper menampakkan tulang. Setelah dirawat menggunakan madu lebah, perlahan-perlahan isi dan kulit tangan tersebut pulih. Manakala teknik sengatan  lebah yang dikenali sebagai "Apitherapy" boleh merawat penyakit arthritis.
Subhanallah! Amat Menakjubkan...
 
Dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit.







Maksud Firman Allah dalam surah An-Nahl:69
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Antara kebaikan madu adalah seperti:

1. Meningkatkan tenaga
2. Meningkatkan imun system
3. Rawatan pelbagai penyakit
    a. Sakit tekak/batuk
    b.insomnia/ masalah tidur
4. Luka/ Terbakar

***Cik Mazni patut campurkan sedikit madu ke dalam sarapan pagi Cik Phia, supaya Cik Phia kekal bertenaga dalam menjalani aktiviti terapinya***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...