Beginnings

Friday, 25 January 2013

Mr. S

Apabila Mr. S dating melawat...apa yang terjadi???


Mr. S adalah nama timangan oleh musuh nombor 1 Cik Phia iaitu "S" =Sawan. Kejadian berlaku pada waktu maghrib. Pada jam 7:45 petang, Sofea  mula aksi "terkejut-terkejut" dengan tangan dalam posisi "W". Badan Phia agak suam, jadi Cik Mazni "sponging" Cik Phia. Cik Mazni menelefon Cik Ijam, yang dalam perjalanan balik dari Melaka, kini sudah berada di kawasan parkir. Jam 7:55 petang, pelajar tuisyen mula dating, Cik Mazni tinggalkan Cik Phia untuk membuka pintu, sekembalinya Cik Mazni, Cik Sofea menggeletar. "Panic Button" Cik Mazni pun aktif, dan Cik Mazni buka baju Sofea dan menefon Cik Ijam yang tak naik-naik rumah lagi.

Disebabkan terlalu panik Cik Mazni mencari "pen akupuntur" untuk stimulasi titik akupuntur untuk memberhentikan sawan. Tetapi tidak jumpa...panik...panik dan terus panik. Ke hulu ke hilir. Akhirnya, Cik Mazni ambil pin dan basmi kuman dan cuba teknik keluarkan darah di jari kaki dan tangan Sofea.Ibu jari hanya mengeluarkan darah merah yang sedikit dan cair, manakala jari lain tidak mengeluarkan darah.

Cik Mazni panggil Cik Phia, dia respon dengan mengelipkan mata. Tiada air liur keluar dan Cik Phia tidak mengalami buang air kecil dan besar. Sawan tidak semakin teruk tetapi tidak mahu berhenti. Cik Mazni akhirnya pasrah berkemas untuk ke hospital dan menyuruh pelajar tuisyen balik ke rumah.Cubaan terakhir, Cik Ijam menggunakan gas yang kami dapati ketika Cik Phia menjalani program Glenn Doman suatu ketika dahulu. Akhirnya, sawan tersebut perlahan-lahan reda. Kejadian dari aksi terkejut-terkejut sehingga langsung reda adalah dalam 30-40 min. Lamakan? Cik mazni rasa kecewa sangat setiap kali perkembangan Cik Phia amat positif, Mr. S pasti akan melawat Cik Phia.  :-C.

Mungkin pembaca sekalian tertanya-tanya, kenapa tidak dibawa ke hospital? Hari kejadian adalah pada maghrib hari Jumaat.  Sekiranya, kami masuk ke hospital hari Sabtu dan Ahad, tiada doktor pakar. hari Isnin, cuti umum. Kami hanya dapat bertemu doktor pakar pada hari Selasa. Kami tidak ahu mengambil risiko, Cik Phia diberi ubat yang tidak bersesuaian dengannya, kerana Cik Phia pernah mengalami alahan ubat carbamazepine yang teruk. Sejak alahan tersebut, doktor telah memberhentikan ubat untuk Cik Phia termasuk baclofen.

Pada amatan Cik Mazni, Mr. S akan melawat Cik Phia jika Cik Pha tidak cukup tidur. Malam kelmarin Cik Phia tidur hampir jam 3:30 pagi. Pada sebelah pagi jam 10:00 Cik Phia ada sesi terapi, jadi mahu tidak mahu Cik Phia perlu bangun awal.Cik Phia agak gelisah+ meragam+mengeras-ngeraskan badan, suhu badannya akan meningkat dan Mr. S akan berkunjung. Sudah hampir 1 tahun Cik Phia tidak mengalami sawan.Telah banyak perkembangan positif.Dan nampaknya, Mr. S tidk berputus asa.

2 comments:

  1. Salam Cik Mazni,

    Anak lelaki saya juga pernah dilawati oleh cik S, tempoh pun agak lama, hampir 1 jam. Saya faham perasaan itu.. Semoga Allah melindungi Cik Phia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam

      Sis Elisa,
      memang cukup susah hati dengan cik S. Jarang kena tapi lama.Anak lelaki sis, berubat di mana?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...