Beginnings

Wednesday, 20 March 2013

AQUATHERAPY/TERAPI AKUATIK

2 bulan....

Mungkin ramai pembaca blog "ikhtiar-sofeaazzahra.blogspot.com", tertanya-tanya kemana menghilangnya blogger Cik Mazni nih? Dah sebulan menghilang :-P. Ecececeh! Macam la Cik Mazni ni blogger terkenal persis RED MUMMY pulok. Kepada pera pembaca setia blog ini, terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda yang berterusan.
Al-kisahnya, kenapa Cik Mazni dah lama menghilang dari dunia blogger ini adalah disebabkan, Cik Ijam a.k.a papa kepada Cik Phia telah membeli laptop baru yang menggunakan perisian "Window Explorer 8", yang mana Cik Mazni pun tak faham kenapa tidak boleh nak "posting" guna perisian tersebut.Nak "posting" guna tablet "Samsung", charger pulak "kaput", boleh pulak terpisah kepala charger. "Gila ganas Cik Mazni mengecas tablet". Sekarang ini Cik Mazni dah ala-ala bijak guna desktop cap "EPAL" ni. Akhirnya setelah lebih sebulan berjaya juga buat "posting" di blog.

Banyak cerita-ceriti Cik Phia yang Cik Mazni "post" di page Cik Phia. Pembaca sekalian bolehlah "LIKE" page tersebut. Nak buat "BUTTON PAGE UNTUK BLOG" Cik Mazni belum pandai lagi.Kalau ada sesiapa yang tahu boleh lah beri tunjuk ajar. 


Untuk pengetahuan para pembaca baru,Cik Phia sekarang sudah lebih 2 bulan Cik Phia  mengikuti Terapi Akuatik/ Aquatherapy. Alhamdulillah, dalam banyak-banyak terapi yang Cik Phia pernah buat. Terapi Akuatik betul-betul menambahbaik keadaan otot-otot spastik Cik Phia.

Terapi Akuatik tersebut dijalankan oleh seorang juruterapi akuatik yang terlatih. Cik Phia menjalani terapi akuatik di dalam air suam. Air suam yang bersuhu 36-37 darjah C digunakan. Dengan suhu air yang suam otot dan tisu tubuh Cik Phia dapat dilonggarkan/ dilembutkan, peredaran darah dapat dipertingkatkan dan peredaran nutrien akan lebih bersedia untuk membantu menyuburkan tubuh badan.

Apabila seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah spastik seperti Cik Phia, aktiviti regangan (stretching) dan aktiviti pergerakan seperti latihan fisioterapi  adalah amat menyakitkan kerana pergerakan mereka yang spastik. Penggunaan air suam dapat menenangkan otot-otot yang spastik seterusnya kesakitan semasa aktiviti regangan/pergerakan dapat dikurangkan.

Juruterapi Alternatif iaitu Fezia Tyebally, telah menggabungkan teknik "Watsu" dan terapi "Aqua Carnio Sacral" di dalam program terapi akuatik untuk Cik Phia. 


Sofea "the bublicious girl": Sofea boleh memberikan kerjasama
dalam melakukan "Bodywork"
Sofea's New Achievement: Big Clap For Her
This Position will Stretch the Spine
p/s: a week before Sofea's forehead can't touch her knee.( a few inch)
It shows that she is more flexible than before.
 Only Sofea head ( occiput) is supported, so that she has total "freedom" in the water. Her arms are "soft" . The Therapist is teaching her how to grip by using cylinder shaped toys. .She is slowly and gently being moved around in the water. The therapist is using the buoyancy of the water and the hydrostatic pressure . Sofea tends to scissor and the therapist put her legs in between Sofea legs to prevent the scissoring. 
Sofea is sitting on a noodle. This is to help her head control and also is used for vestibular input. Sofea is quite stiff and had little hip flexion, "sitting " on the noodle she can experience sitting. Her spine is stretched and she is gently swayed on the noodle and she attempts to hold up her head.
ALHAMDULILLAH
The bottom photograph is before and the top photographs is a current one.
We can see improvement on her arm muscle.

Perkongsian ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk aktiviti Cik Phia, tetapi sekadar berkongsi perkembangan Cik Phia biar pun sedikit pencapaiannya, dia patut diraikan kerana bukan mudah untuk Cik Phia yang kecederaan otaknya dikategorikan sebagai peringkat akhir. Wallahualam...
Semoga Cik Phia dan kawan-kawan Cik Phia yang lain diberikan kesembuhan dan kesihatan.

Amin...

2 comments:

  1. Salam
    I reached your blog bila sy google teknik utk ajar baby berenang... and end up I stalk all ur previous post..sambil menangis baca ur story. mungkin sebab may son pun sebaya ur sofia.

    Sungguh tabah! Semoga semuanya akan dipermudahkan buat kalian sekeluarga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Terima kasih saudari Nani, kerana sudi membaca cerita Sofea...

      Saya masih dalam proses pembelajaran menerima kehadiran Sofea dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya punya seorang suami yang sungguh positif dan "supportive". Selain itu kumpulan sokongan anak-anak Cerebral Palsy (MyCP dan Super Angels amat membantu saya dalam menempuh kehidupan bersama Sofea.

      P/S: Jika saudari berminat untuk membeli kelengkapan berenang buat anak lelaki saudari, saya cadangkan saudari beli di website ini: http://www.mymambobaby.com/

      Harga yang ditawarkan agak berpatutan. Selamat berhidroterapi semoga anak saudari akan bertambah cergas dan cerdik :-D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...