Beginnings

Monday 25 March 2013

GASTROSTOMY: STOMA CARE @ HOME


Stomahesive Powder

What is the function of "Stomahesive Powder"?


"Stomahesive Powder" helps form a protective barrier for excoriated or weeping skin.

* dalam Bahasa Melayu, "Stomahesive Powder" digunakan sebagai lapisan perlingdungan untuk kulit yang mengalami kelembapan/kerengsaan.

Stomahesive Powder
Cik Mazni menggunakan "Stomahesive Powder" di kawasan "Gastrostomy" Cik Phia. Alhamdulillah..."granulation" yang terbentuk dikawasan "stoma" Cik Phia benar-benar pulih. "Stoma" tersebut kelihatan bersih dan cantik. Sehingga doktor dan jururawat memuji bagaimana kami menjaganya. 

Sebelum menggunakan "Stomahesive Powder" kawasan "Stoma di Gastrostomy" Cik Phia, ditumbuhi daging merah yang dipanggil (Granulation), kadangkala bernanah kerana setiap kali selepas makan/ minum kawasan tersebut berair.

Ketika lawatan kami ke rumah Fezia Tyebally, beliau menunjukkan cara-cara membersihkan kawasan tersebut supaya sentiasa bersih dan tidak berbau. Beliau menggunakan "Stomahesive Powder". Beliau membeli secara online.

Cik Mazni cuba mencari di farmasi tetapi tidak dijual. Hasil carian di "Google", menunjukkan "Stomahesive Powder" iniboleh didapati di farmasi di PPUM.Alhamdulillah seorang kenalan yang Cik Mazni kenali dalam kumpulan sokongan MYCP dan Super Angels iaitu Mummy Rizki sudi membelikan produk ini di farmasi PPUM. Terima kasih, Mummy Rizki :-P.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...