Dah lama tak update blog...tak banyak cerita yang nak diceritakan, nak cerita mengenai adik baby pun, tak berapa nak teruja pun. Cuma cerita rutin harian.
Akhir bulan Ogos yang lepas genaplah 7 bulan, penjaga Cik Phia jaga Cik Phia, dia pulak nak berhenti, tu pun cakap secara tiba-tiba. Walhal sebelum raya Cik Ijam dah tanya lama lagi ke nak kerja dia kata lama lagi. Cik Ijam pun bagi lah duit raya Rm XXX. Sekali dah lepas raya cakap nak berhenti pulak. Cik Mazni dari dulu dah dapat rasakan yang dia nak berhenti tapi kot mana pun terkesan juga, sebabnya bulan Jan 2014 adik baby dah nak keluar tengok dunia. Siapa pulak nak meneman Cik Phia di rumah. Lagipun Cik Phia suka dengan Kayra ni.
Nasib baik sekarang Cik Phia dah tak ingat dengan Kayra, sebab dalam masa 10 hari sebelum hantar Kayra balik Cik Mazni dengan Cik Ijam yang banyak jaga Cik Phia. Sekarang tengah nak cari pembantu baru, nak cari orang di kampung Cik Ijam, macam Kayra tu, setakat ni tak ada lagi, kalau ada pun, mak dengan tuan punya badan dah setuju, pak dia pulak tak setuju. Kalau tak ada juga, ke agensilah jawabnya.
Ada orang ke-3 dalam rumah pada pandangan Cik Mazni lagi banyak CON dari PRO nya, memang kena banyak istighfar...huhuhu, kalau ada pun belum tentu jujur lagi, nak cari yang elok memang kalau nasib baiklah. Kita layan baik bahkan lebih baik daripada layan adik sendiri pun boleh berhenti juga...entahlah labu, dah nasib, layan je lah...mode: penin kepala den :-P

No comments:
Post a Comment