Beginnings

Sunday 18 March 2012

ACUTE DRUG REACTION (2%)

Carbamazepine

Pada 28 Februari 2012 yang lepas Sofea telah dimasukkan ke HDU kerana telah diserang sawan. Semenjak dari peristiwa diserang sawan Sofea dibekalkan dengan ubat sawan iaitu Carbamazepine.Setelah pulang ke rumah pada hari yang ke-10, kami mendapati Sofea mengalami ruam yang semakin hari semakin banyak, mulut yang kering dan membengkak dan muntah-muntah.

Akhirnya pada 13 Mac 2012 kami ke wad kecemasan apabila bibir Sofea mengalami pendarahan, cirit-birit dan muntah-muntah yang semakin teruk.
 Gambar mulut Sofea tidak dapat mama paparkan kerana isu privasi.



Setelah dirawat maka kami diberitahu bahawa Sofea mengalami "Acute Drug Reaction" iaitu alahan pada ubat sawan Carbamazepine (Tegretol). Kadangkala, Carbamazepine boleh menyebabkan tindak balas kulit yang sangat berbahaya yang dikenali sebagai Stevens-Johnson Syndrome (SJS).Masalah ini bermula dengan ruam kulit tetapi boleh merebak sehingga menyebabkan kecacatan kekal atau kehilangan nyawa. SJS adalah cenderung berlaku pada orang-orang keturunan Asia (Malaysia, Indonesia, Thailand Filipina, Taiwan etc) yang mungkin mempunya gen khusus (dikenali sebagai HLA-  B*1502) yang muncul meningkatkan risiko (15%-20%).

Tanda & Simptom

SJS biasanya bermula dengan demam (Sofea demam sehingga suhu 40 pada hari ke-6 selepas mengambil carbamazepine), sakit tekak dan keletihan yang merupakan salah didiagnosis dan biasanya dirawat dengan antibiotik.

Lain-lain Tanda:

ruam
kelepuhan kulit (mulut, mata, genetalia)
lebam
gatal
bengkak
loya/muntah

Pengambilan ubat Carbamazepine dihentikan serta merta dan ujian darah untuk menguji gen adalah sangat penting sebelum mengambil Carbamazepine bagi yang berketurunan Asia


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...